Adakah ini yang dimaksudkan dengan telur dihujung tanduk? Tak.. Ni just apa yang aku fikir.. Ok.. mari bersihkan otak seketika... Maksudnya ialah: kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin. Diambil dari http://tatabahasabm.tripod.com. Ok, biasanya digunakan untuk untuk menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaaan yang kritikal. Contohnya.... "Oit, nyawa hang dah ibarhat macam teloq dihjung tanduk dah weh, pi la bertaubat. Esok-esok mati dak la hang duk triak-triak dalam kuboq satgi" Wah.. Speaking utara.. hebat-hebat. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, perumapamaan nyawa dihujung tanduk ni sesuai bila aku kantoi smoking dengan mak aku. Hadoi, pedih tu.. Ceritanya bermula apabila suatu hari aku balik rumah baru lepas lepak dengan member-member. Biasa la.. Lepak dengan member kalau tak hisap rokok tak sah la. Habis sebatang, sambung dua batang, tak cukup dua batang sekotak la. Dah habis sekotak, singgah 7Eleven la beli yang baru.. Kalau 7Eleven tutup, sebat rokok member la.. Opss.. sat-sat.. 7Eleven penah tutup ke? Haha.. Ok.. Tu aku tokok tabah... Ok cukup! sambung cerita tadi... Bila aku balik, aku tengok jam dah pukul 2.00A.M. Mungkin semua orang dah tidur kot. Tak pe la, kunci rumah aku bawak. Aku rasa kalau kantoi balik lambat ni mampus jugak aku. Dah la badan bau rokok. So, sebelum sampai kat muka pintu pagar aku matikan enjin motor siap-siap. Tak nak bagi orang lain jaga. Satu lagi masalah, pintu pagar bertayar rumah aku tu dah berkarat, so bila aku tarik sikit menatang tu akan keluarkan bunyi yang bising. Sial betul!. Aku terpaksa bukak perlahan-lahan tak nak bagi bunyi.. Haha! macam orang nak merompak pulak gayanya. Padahal nak masuk rumah sendiri. Okay, lepas setel hal pintu pagar tu. Aku heret motor pelan-pelan. Yes! misi berjaya!. Kemudian, aku jalan, tanggalkan selipar, baca doa nak masuk rumah. Baca doa nak masuk rumah? Ok, ni tipu.... lepas tu, aku cucuk anak kunci dalam lubang kunci perlahan-lahan. Pulas anak kunci tu... sikit lagi...sikit lagi... sikit lagi... Yes! berjaya.... aku tekan suis pintu automatik tu, kemudian masukkan password.. Ok la... Ni aku tipu lagi...... Cukup!. Ah! apa jadi lepas tu?? jeng..jeng...jeng...... Buka saja pintu, satu susuk tampil berdiri betul-betul mengadap rusuk aku.. Aku kelu, hanya mampu berserah pada yang maha kuasa.. Oh Damn! kantoi akhirnya...... Tak nak cerita lah apa yang jadi lepas tu...... Haha... keesokannya aku membuat keputusan untuk berhenti merokok... Tapi sayang... niat suci dan tulus itu hanya mampu bertahan selama beberapa bulan..... Ops.. maksud aku, beberapa jam sahaja..haha.. Sekian... Janganlah Merokok! Merokok mampu membuat mak anda membunuh anda!..
Kandungan dalam rokok. Kalau betul benda ni semua ada dalam rokok, mesti sebatang rokok harganya RM10.
Haha. Just kidding..........
Ok, apa yang aku tak pernah buat selama ni... Baca doa keluar masuk rumah.. Oww Yeah! Ni la doanya..
Doa Masuk Rumah.
Kalu kita amalkan, InsyaAllah, harta benda dan keselamatan akan lebih terjamin...
P/sOk.. Doa pecah rumah tak ada ye... Harap maklum....
No comments:
Post a Comment