Saturday, 25 February 2012
Jangan persoalkan
Ehem.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ni tentang orang yang suka persoalkan tentang hukum.
Ok.. Nak kata aku pandai, tak la pandai sangat nak komen-komen pasal bab-bab hukum hakam ni. Tapi aku tahu la sikit-sikit. Tengok gambar kat atas ni. Ni adalah print screen dari post yang salah seorang kenalan facebook aku.. Ok, niat aku bukan nak mengaibkan sesiapa, sebab tu aku kaburkan gambar dan nama dia. Setahu aku la, memang boleh masuk masjid kalau tak pakai tudung ke, kain terbelah ke, bogel ke.... Tak ada lagi orang yang terbakar bila masuk masjid dalam keadaan macam tu,,,, TETAPI.... hukumya tetap berdosa.. Ok,, Pertama, tidak munutup aurat tu adalah berdosa, kedua..... Sebenaranya perempuan ni tidak digalakkan ke masjid.. Tidak digalakkan bukan bermaksud haram, cuma... Bagi mengelakkan fitnah.... Bila dah jadi fitnah orang ramai tu berdosalah.. Kalau tak menutup aurat tu berdosa, melihat aurat orang lain tu pun berdosa sebenarnya.. Err... Ok, contohnya kita baru lepas seseorang perempuan tu mununaikan solat di masjid, lepas tu dia keluar dari masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat dan berpakaiaan seksi.... Kbetulan pada masa tu Tok Imam baru keluar dari masjid juga, mahu tidak bergoyang iman Tok Imam tu... Secara tidak sengaja dia sudah berdosa sebab melihat aurat perempuan tu Perempuan tu pulak secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dosa Tok Imam tu. Dosa kita jugak makin bertambah-tambah.
Sebagaimana seruan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi: "Sesungguhnya saya tanpa segan menyeru supaya bukakanlah kepada para perempuan untuk ke rumah-rumah Allah, supaya mereka juga dapat mencari kebaikan, mendengar peringatan dan mempelajari agama. Keluar mereka ini sedikit sebanyak boleh memberikan kegembiraan kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat), selagi mana mereka keluar dalam keadaan bersopan, menutup aurat dan tanpa solekan yang diharamkan”.Sumber (http://halaqah.net).
Ah, satu lagi.... baru terfikir analogi ni.... Kan Hukum menutup aurat tu wajib. Allah dah tetapkan.. Sanggup ke kita masuk rumah Allah dalam keadaan kita sedang melakukan dosa??.. Ok, kalau kita langgar hukum manusia la... Contohnya, kita pergi majlis kawin orang dalam keadaan separuh bogel, agak-agak tuan rumah nak terima kita sebagai tetamu tak?.. ha~~ Fikir-fikirkanlah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment