Saturday, 15 December 2012

Cinta Yang Kutinggal Mati (BAB 2)

BAB 2



Ardela Sofea kelihatan kaku duduk menghadap Profesor Mariam Mustafa. Raut wajah Profesor Mariam Mustafa membengis. Beliau merasakan ketegasannya selama ini tercabar dengan sikap Ardela Sofea. Tidak disangkanya pelajar cemerlang yang selalu mendapat anugerah dekan seperti Ardela Sofea akan memembuat masalah.
            “Sofea, apa dah jadi dengan assignment awak ni?” Tegas Profesor Mariam bertanya.
            Assignment yang diberi tarikh akhir hari ini kelihatan tidak kemas dan menyakitkan penglihatan. Koyak rabak dan berconteng! Pensyarah mana yang tidak akan marah apabila tugasan yang diberikan tidak dihantar dalam keaadaan tidak sempurna.
            “Sebenarnya Prof, tadi saya kemalangan sikit.....” Ardela Sofea cuba menerangkan situasi sebenar.
            “ Sudahlah Sofea! Saya memang malas nak dengar alasan awak sebenarnya. Apa yang awak hantar dekat saya ni sebenarnya sampah... Dengan cover depan tak ada, conteng sini, conteng sana. Apa nak jadi dengan awak ni....?” Profesor Mariam Mustafa mencelah sebelum sempat Ardela Sofea member penjelasan.
            Sesungguhnya Profesor Mariam Mustafa memang tidak gemar dengan alasan. Dia lebih suka bersikap tegas dalam kata-katanya. Jika dia kata A, maka A lah jawapannya. Kalau dia kata hantar hari ini, hari inilah WAJIB dihantar. Mungkin ketegasan itulah yang membuatkan wanita itu digelar anak dara tua.Tiada lelaki yang berani mendekatinya. Dia tahu Ardela Sofea memang menghantar tepat pada masanya, akan tetapi tugasan yang dihantar itu tidak menepati apa yang diharapkannya.
            “Prof.. dengar dulu penjelasan saya....”
            “Saya tak nak dengar apa-apa.. Awak jangan ingat awak pelajar cemerlang awak boleh buat sesuka hati awak sahaja. Saya tak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar tetapi saya bagi awak satu lagi peluang.... Awak kena hantar assignment ni sebelum pukul 8 pagi esok..” Profesor Mariam Mustafa menawarkan peluang terakhir kepada Ardela Sofea.
            “Tapi prof.......”
            “Tak ada tapi-tapi lagi. Ingat! Sebelum pukul 8 pagi, saya nak assignment awak ada atas meja saya. Kalau tak ada, saya tanpa segan silu akan memotong markah PB awak. Faham!” Tegas Profesor Mariam.
            “Baik Prof.....” Ardela Sofea akur walaupun perkara itu sukar untuk diterima. Nada suaranya seolah-olah hampa.
            “Kalau macam tu, awak boleh keluar sekarang.....”
            “Terima kasih prof....” Ardela Sofea mencapai assignmentnya yang rosak itu seraya mengangkat punggungnya bangun dan terus mengatur langkah untuk keluar. Langkahnya longlai dan rapuh. Hatinya berkecamuk sekali. Kecewa bercampur geram!
            Apabila sampai di muka pintu, Ardela Sofea membuka pintu dan mengomelkan sesuatu kepada dirinya sendiri. Apa yang berlaku kepada dirinya hari ini memanglah malang sekali. Ardela Sofea menganggap Rizki Ikbal lah yang membawa malang itu! Dia berharap agar lelaki itu tidak muncul lagi dalam kehidupannya.
            “Tak guna punya mamat buaya. Kau dah rosakkan hidup aku untuk hari ini!”
            “Apa awak cakap Sofea?” Tanya Profesor Mariam Mustafa yang mendengar ngomelan Ardela Sofea walaupun beliau tidak memahami butir-butir perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia menyangka kata-kata yang keluar dari mulut Ardela Sofea itu sbagai kata-kata protes.
            “Eh.. tak ada apa-apa prof.. Pintu ni susah pulak nak dibuka...” Bohong Ardela Sofea sambil tersenyum nipis. Pantas dia keluar dan menutup semula pintu pejabat itu. Profesor Mariam tersenyum kelat sambil menggelengkan kepalanya. Pening dengan sikap pelajarnya ini. Pintar tetapi suka buat masalah!
            Setelah keluar dari bilik pejabat, perlahan dia menutup semula pintu. Takut juga kalau pintu itu terhempas kuat. Nanti Profesor Mariam Mustafa tersalah anggap.  Ardela Sofea disambut dengan pertanyaan daripada Fasha yang sudah menanti di luar bilik pejabat.
            “Macam mana Fea?” Fasha bertanya.
            “Negatif... Usul ditolak...” Ardela Sofea sempat bersenda walaupun dilanda kekecewaan. Begitulah sikap sebenar Ardela Sofea. Bijak menyembunyikan kekecewaannya.
            “So....?” Fasha bertanya lagi.
            “So sad.......” Jawapan Ardela Sofea jelas tidak seserius pertanyaan dari Fasha. Dia mencebik.
            “Eh kau ni Fea, aku tanya betul-betul kau buat lawak bodoh pulak kat sini..” Tegas Fasha.
            “Ha ha ha... Jangan la marah sayang. Tak comel la!. Prof bagi masa sampai esok pagi...” Sempat lagi Ardela Sofea menyelitkan usikan dalam jawapannya.
            “Ah.. gelilah aku kau panggil aku sayang-sayang segala. Okay la tu.. Sekurang-kurangnya kau ada masa lagi nak siapkan assignment tu kan..?” Fasha memberi pendapat.
            “Yela... Tapi masalahnya sekarang ni........” Ardela Sofea cuba bermain teka-teki dengan Fasha Dia membiarkan kata-katanya tergantung disitu.
            “Masalah apa pulak?”... Fasha bertanya penuh hairan.
            “Aku simpan semua kerja tu dalam laptop. Lupa nak copy dalam pendrive aku.....”
            “So....?” Fasha melanjutkan pertanyaannya.
            “So bad...” Dia tergelak kecil apabila melihat perubahan raut wajah Fasha yang jelas kelihatan maah dengan perlakuan tidak seriusnya.
            “Kau ni kan........” Fasha kelihatan marah dengan sikap main-main Ardela Sofea.
            “Ala... Gurau jelah. Kan laptop aku dah format semalam. Masalah sekarang ni, aku kena taip balik semua muka surat yang koyak dan kena conteng dengan mamat buaya tu!”
            “Oh... berapa helai yang rosak?” Fasha bertanya lagi.
            “11 helai termasuk frontpage yang hilang tu... Macam manalah boleh hilang agaknya...”
            “Eh, tak la banyak sangat tu....” Fasha menyuarakan pendapatnya.
            “Ha, memang la aku tak ada kerja lain nak buat malam ni kan?” Ardela Sofea membalas dengan kiasan songsang. –yang membawa maksud yang bertentangan dengan ayat sebenar.
            Mereka berdua kelihatan berjalan menuruni tangga  bangunan pejabat pentadbiran. Berbual-bual sambil berjalan. Bangunan itu kelihatan sunyi. Hanya kelihatan kelibat beberapa pelajar dan pensyarah yang lalu lalang disitu. Waktu begini memang kuliah masih berjalan dan secara kebetulan jadual Fasha dan Ardela Sofea sama-sama kosong. Walaupun mereka mengambil kursus yang berbeza, mereka kelihatan sangat rapat.
 Keakraban ini bermula ketika semester satu lagi ketika mereka menginap di bilik asrama yang sama dan sehingga kini, mereka masih bersama menginap di rumah sewa yang tidak jauh dari kolej. Gelak tawa mereka yang bergema memecah kesunyian bangunan pentadbiran itu. Ardela Sofea masih mampu lagi tertawa sedangkan ini merupakan salah satu hari yang malang dalam hidupnya. Itulah kelebihan yang dimiliki gadis manis yang berasal dari Melaka ini. Tenang dalam kekusutan!
Selepas selesai urusan mereka sama-sama pulang kerumah. Mereka menyewa di sebuah rumah apartment di luar kolej. Oleh kerana rumah itu kecil dan sempit, mereka hanya menyewa berdua sahaja. Dari sinilah mereka belajar berdikari. Ardela Sofea mempunyai kelebihan untuk memasak dan Fasha pula pandai mengemas rumah. Bakat semulajadi itulah dikongsi bersama sebagai teman sebilik.

No comments:

Post a Comment