Teringat zaman sekolah dulu... Cikgu suruh buat karangan pasal bila kita meletakkan diri kita sebagai barang-barang.. Contohnya, 'saya sepasang kasut', saya 'sebiji sehelai spender koyak', errr... apa lagi.. saya... pape jelah.. Tapi mesti ending cerita tu sedih je... Kalau kasut tu, mest ditinggalkan dalam almari... Spender koyak tu... Err.. No komen la... Oit, jangan berani cakap aku pakai spender koyak ok!! So hari ni aku nak kembali ke zaman tu semula.. Nak buat karangan pasal... Hah, layan jela..
Saya sebuah laptop
Nama saya Acer Aspire 4738G. Saya merupakan sebuah laptop yang paling hebat di abad ini. Saya telah diberikan nyawa. Orang panggil nyawa saya Window7. Tempat asal saya adalah Kilang Acer yang terdapat di Lembah Klang kemudian saya dipindahkan ke Kedai Komputer di sekitar Kuala Terengganu. Setelah beberapa lama menetap disana, akhirnya saya telah dibeli oleh seorang budak lelaki yang sangat hensem dan comel. Ni Facebook dia Amirul Rasyid Roslan. Jangan lupa add tau. Selepas tuan saya yang hensem tu beli saya, dia bawa saya singgah di KFC. Tapi sayang, saya tak boleh makan. So, dia makan seorang diri sahaja. Selepas itu, dia membawa saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia memperlahankan keretanya apabila lampu isyarat oren menyala dan kemudian berhenti apabila lampu isyarat merah. Sopan kan?. Tapi belum sempat hijau, dia pun jalan. Kurang ajar kan?. Baik, tu bukan cerita saya.
Cerita saya dimulakan dengan babak-babak gembira dimana pada awalnya tuan saya sangat menyayangi saya. Hampir setiap hari dia mencuci dan menggilap saya. Setiap hari saya di bersihkan. Pada suatu hari, dia terlupa untuk membersihkan saya. Saya kata tak apalah, mungkin dia sibuk. Keesokan harinya dia lupa lagi sampailah sekarang saya digunakan dalam keaadaan berhabuk. Kadang-kadang dia sendiri bersin apabila habuk pada tubuh saya disedut ke dalam pernafasannya. Selepas itu saya juga yang dipersalahkan. Tak mengapalah, saya tak kisah sebab dia tuan saya. Walaupun dia tak sayang saya, saya tetap sayang dia.
Apa yang paling sedih ialah apabila dia menggunakan saya tanpa henti. Masih segar diingatan saya pada hari itu, dia menggunakan saya bermula dari pagi sampai ke tengah malam tanpa henti. Pada hari itu saya diserang demam panas. Suhu badan saya mencecah 80 darjah celsius. Tapi tak mengapa, demi dia saya sanggup berkhidmat walaupun saya demam. Saya sangat sayangkan dia. Lama-kelamaan saya sudah tidak mampu bertahan lagi, suhu badan saya semakin tinggi dan akirnya saya pengsan. Muka(Skrin) saya tba-tiba bertukar menjadi biru(blue screen). Sedih, apabila sekali lagi saya dipersalahkan. Teruk saya dibelasah. Diketuk-ketuknya tubuh saya dengan tangan, ditampar-tampar berulang kali. Aduh! sakitnya tidak terhingga.
Selepas saya sembuh, sekali lagi hidup saya ditimpa malang. Saya diserang oleh virus yang sangat banyak. Otak(processor) saya pening dan berat untuk beroperasi seperti biasa. Jadi segala perlahan. Berulang kali saya dimaki hamun walaupun itu bukan salah saya. Tak mengapalah, dia tuan saya. Memang patut dia marah saya. Selepas diformat semula, akhirnya saya dapat beroperasi seperti biasa. Namun, saya sangat sedih apabila tuan saya sudah mula mengetepikan saya. Dia jarang menggunakan saya. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Apa salah saya?. Mungkin kerana usia saya sudah lanjut dan agak ketinggalan zaman. Akhirnya kini, dia tidak lagi menggunakan saya, Dia sedang hidup bahagia bersama laptop barunya. Dan saya pula? terkurung terhukum didalam kegelapan almari dan tidak berguna lagi Begitulah kisah hidup saya sebagai sebuah laptop.
Haha.. Sorry la kalau kata-kata dalam karangan ni kedengaran agak poyo sikit. Saja nak berlawak. Ok.. Chill....
Mybe ada yang akan kata... "tak lawak ok..."
Haha.. biasa la tu.. Bukan semua orang boleh terima kita.. Orang akan lupa segala kebaikan dan jasa kita bila sekali kita buat silap walaupun itu bukan salah kita sepenuhnya. Satu kesilapan mampu menutup beribu jasa dan kebaikan kita. Jangan bila orang tu senang kita akan kawan dan puji dia lebih-lebih. Bila dia susah, kita akan pinggirkan dia. Biasa la...Hargailah apa yang kita ada!Ok.. tu la moral of the story nya..
Oww Yeah!
No comments:
Post a Comment