Friday, 24 February 2012
Penunggu Asrama....
Terdapat cerita seram yang menghantui aku. Ini adalah berdasarkan kisah benar dan terjadi pada diri aku sendiri. Ceritanya bermula apabila...
Lampu mulai malap, kemudian terang semula. Aku yang sedang membaca novel di meja study mulai terganggu..
"Mungkin lampu rosak kot" Aku cuba berfikir positif.
Tanpa memperdulikan apa yang berlaku, aku terus melayan novel yang dibaca. 'Tap' Sekali lagi lampu mula mengganggu aku. Kadang-kadang gelap, kadang-kadang terang. Aku memandang kearah Luqman dan Ezzat yang sedang nyenyak tiduk di katil masing-masing. Sesekali bunyi suara Ezzat bercakap. Mengigau agaknya. Luqman pula asyik tergaru sana, tergaru sini. Biasa lah, musim hujan macam ni memang banyak nyamuk.
Aku meletakkan penanda buku pada bahagiaan yang belum habis dibaca pada novel itu dan menutup novel tersebut. Kemudian aku berjalan menghampiri lampu. Selepas pada itu, aku mengambil kerusi untuk membetulkan lampu, maklumlah aku tak cukup inci. Nak mintak tolong, semua dah membuta. Sedang asyik aku membetulkan lampu berlagak seperti pakar(padahal duk main pusing-pusing starter je..haha..) tiba-tiba aku terdengar bunyi yang pelik....
"Sial! haram jadah mana yang kentut ni... Tengah-tengah tidur pun boleh lepas bom lagi..." Aku tergelak sendirian sambil memerhatikan mereka yang sedang nyenyak tidur..
Agak-agak lampu dah elok, aku pun turun dari kerusi. Letakkan kembali kerusi tu kat tempat asalnya dan aku terus pergi ke meja untuk menyambung bacaan aku. Selang beberapa bab, tiba-tiba aku terasa macam nak "wee~ wee~" atau bahasa kasarnya nak kencing kasi hancing. Seperti biasa, dah nak kencing tu kena la tinggalkan novel tu sekejap. Aku berjalan menuju ke muka pintu dan terus muembuka pintu.
"Fuh! kuat betul angin malam ni..." Sesekali angin menyapa pundi kencing aku. Aku semakin tidak tahan dan kemudiaanya terkencing disitu... ops! ni tipu.... Aku kencing dalam jamban la.. Gila nak kencing kat situ. Kalau Mak Cik cleaner tahu, sia-sia aku kena sumapah jadi katak nanti. Kalau mati katak tak pa lagi, tapi kalau hidup sebagai katak, lebih baik mati. Ok.. Sambung cerita tadi.... Aku kemudiaanya berjalan masuk ke dalam tandas. Suasana sunyi, bisa lah. Blok asrama Sri Ipoh ni tak ramai orang. Dua aras je yang ada penghuni, Kalau Blok Sri Iskandar mungkin masa-masa macam ni diaorang tengah berpesta lagi kot.
Bunyi katak menyalak memecah kesunyiaan malam. Wait-wait?? Menyalak... It suppose to be melalak la... Ok.. Sambung lagi.. Semasa sedang asyik melepas hajat, tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang tengah ketuk pintu jamban. Mula-mula slow aja, lama kelamaan semakin kuat. Dan tak berhenti. Aku tengok kat bawah(ruang antara pintu jamban dan lantai) tak nampak bayang orang pun. Aku pon tak sedap hati la.. Air kencing aku pulak macam tak nak habis.. Makin bertambah ada la.. Aduh, seram sejuk aku dibuatnya. Tak lama kemudiaan bunyi tu hilang serta merta. Aku dihimpit rasa ketakutan.
"Nak keluar sekarang ke tak.. Ish.. keluar jela.. mungkin ada orang nak main-main je kut"
Selepas itu, aku memberanikan diri keluar. Memang tak ada sesiapa kat situ. Bulu roma aku naik 90 dajah menegak. Tertelan air liur sendiri walaupun tak sedap. Aku mengatur langkah separa berlari menuju ke bilik. Belum sempat aku keluar, aku ternampak kelibat seseorang. Teka siapa?
Lambat.. Aku nampak Luqman yang tengah basuh muka. Buang tabiat ke orang tua ni bangun tengah-tengah malam.
"Sial kau Man, aku ingat siapa yang ketuk pintu macam nak pecah tadi. Apa hal kau bangun ni? Nak study ke? Haha... Bila masa pulak perkataan Study wujud dalam kamus hidup kau...Hahaha" Aku gelak sepuas-puas hati aku. Luqman pula tidak berpaling mahupun memberi sebarang respon. Malas nak duduk lama kat situ, aku pun bejalan menuju ke bilik.
Aku membuka pintu, kelihatan lampu sudah terpadam. Mungkin Luqman tutup kot, mungkin juga lampu sial tu rosak lagi. Aku pun berjalan menuju ke katil aku. Keadaan agak gelap. Aku mengambil handset BlackBerry Torch aku...... Err.. Maksud aku handset Nokia yang ada torchlight tu la... Aku menyuluh sekitar bilik. Nak bukak lampu tengah takut gangu Ezzat yang sdang lena diulit mimpi. Aku pun berjalan kearah suis lampu yang terletak berhampiran meja study, ternyata ada orang yang tutup suis lampu tu. Aku pun On balik la. Nak sambung baca novel lagi. Aku memang tak mengantuk langsung malam tu dan line wi-fi pulak buat hal.
Aku terkejut besar apabila mendapati Luqman masih terbongkang terbaring di atas katilnya.
"Haram! bila masa pulak dia masuk ni. Tapi, seingat aku... aku masuk sorang je tadi.. Aku tinggal dia kat tandas tadi.. Bila masa dia ada dekat sini?" Seribu persoalan bermain dalam fikiran aku.
"Tadi dalam tandas tu sapa, yang duk ketuk-ketuk pintu jamban tadi..? Kejap-kejap.. Luqman ada kat sini.. Dalam tandas tadi pun dia ada.. Masa ada orang ketuk pintu jamban tadi tak nampak banyang orang dan tak ada bunyi ada orang berjalan pun.. Jangan-jangan......"
Tiba-tiba ada bunyi orang yang berjalan dan berlegar-legar di luar bilik. Bunyinya sangat kuat seperti orang itu sengaja menghentakkan kakinya. Lampu tiba-tiba terpadam. Aku terus menjadi tidak keruaan. Hampir kering air liur aku setelah ditelan berulang-ulang kali.. Keadaan dalam bilik yang lebih gelap berbanding di luar bilik menghasilkan bayang-bayang yang datang dari objek dari luar. Aku ternampak bayangan sepasang kaki yang sedang berdiri betul-betul dihadapan pintu. Pantas aku berlari bergerak ke arah pintu. Aku menekan punat kunci lalu terus menyelak pintu bilik. Handset ditanganku masih tidak terpadam lampunya.
Kemudian aku menyuluh tombol pintu yang seolah-olah dipulas oleh seseorang dari luar. Kecuakan aku semakin meningkat. Aku berhajat untuk mengejutkan dua makhluk yang sedang tidur nyenyak di atas katil masing-masing. Sekilas aku berpaling, kedua-dua mereka sedang berdiri di hadapan aku setelah aku berpaling, kebetulan lampu yang berada ditangan aku menyulh tepat muka mereka. Mahunya tidak terkejut.. aku rebah terduduk dan mengucap kalimah syahadah berulang kali(baru nak ingat tuhan..) sambil mengurut-ngurut dada.
"Aduh... lemah semangat aku...."
Ezzat menghulurkan tangannya untuk memabantu aku bangun semula. Sejuk benar tangannya. Tetapi aku sudah berasa selamat sedikit apabila kedua-dua mereka sudah berdiri betul-betul di hadapan aku. Segala ketakutan mulai luntur. Aku bangun semula.Tidak begitu jelas muka mereka, namun suaranya aku dapat cam bila Ezzat bertanya..
"Kenapa dengan kau ni Mirul, macam kene kejar dengan hantu je?" Tanya Ezzat.
"Hah, memang pun... Aku takut la... Kat luar tu ada......"
"Ada apa?" Suara Luqman pula kedengaran.
"Ada hantu Man.... Jangan bukak pintu!"
"Tak apa, jangan takut.. Kami ada......
Kata-kata semangat dari Ezzat membutakan aku menjadi sedikit berani. Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu dari luar bilik bertambah kuat.. Aku memberanikan diri untuk bertanya siapa...
"Siapa kat luar tu?" Aku bertanya.
"Mak Cik karipap la,, Aku datang nak sebelih kau...."
Meter ketakutan aku mula naik ke tahap yang lebih kritikal apabila suara garau itu mengaku dirinya Mak Cik Karipap iaitu watak hantu yang tersohor di Kolej ini. Aku tidak berani untuk membuka pintu. Luqman dan Ezzat aku masih dapat merasai kewujudan mereka yang sedang berdiri dibelakang aku walaupun aku tidak nampak muka mereka.
"Ni Ezzat la..Cepat la bukak pintu ni...."
"Tipu la! kau ada kat dalam ni dengan aku... Kau siapa sebenarnya?"
Kali ini, suara dari luar itu sememangnya sama dengan suara Ezzat membuatkan aku bertambah hairan dan takut.
"Apa kau cakap ni, aku kan pergi bilik Syamil tadi... Kan aku jumpa kau tadi dekat Blok Sri Iskandar. Aku cakap aku tak balik bilik malam ni. Ni aku saja balik sebab handset aku tertinggal..."
Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini. Memang ada aku berjumpa dengan Ezzat semasa aku pergi ke Blok Sri Iskandar tadi. Katanya dia tak nak balik malam ini. Aku hanya mengangguk sahaja saat itu dan mengganggap perkara itu tidak penting. Setelah aku menyiapkan kerja-kerja aku di bilik salah seorang budak kelas aku, aku terus balik ke bilik. Apabila sampai di bilik, aku dapati kedua-dua rakan sebilik aku sudah lena tidur. Jam masa itu sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kemudian aku terus membaca novel sehingga diganggu oleh lampu yang rosak yang ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi.
Sungguhpun begitu, aku tidak percaya... Mungkin yang berada diluar itu palsu kerana Ezzat yang baru bercakap dengan aku sebentar tadi masih berdiri dibelakang aku. Kemudian kedengaran ada bunyi langkah kaki individu lain sedang bejalan di luar bilik.. Kedengaran suara Ezzat dan lelaki asing sedang berbual-bualkan sesuatu di luar bilik.
"Mirul, ni Man ada dengan aku. Dia cakap masa dia keluar pergi tandas tadi kau tak ada, aku pun tak ada kat bilik dia tengok lampu terpasang, dia tutup la. Dia ingat kau tak balik lagi. Lepas tu dia jumpa kau kat tandas. Dia kata kau tuduh dia ketuk-ketuk pintu jamban kau. Betul kan? Bukak la pintu ni...."
Semua tu betul, jika begitu. Siapa yang berdiri dibelakang aku sekarang ni. Aku tidak berani untuk berpaling. Sekarang ini aku berasa serba salah, tidak tahu mana yang betul dan mana yang palsu antara mereka. Yang diluar atau didalam.
"Ok.. Kalau Luqman ada kat luar, aku nak tanya dia sesuatu... Dia sorang je yang tahu novel apa yang aku tengah baca dua tiga hari ni..."
" Apa punya soalan la kau tanya. novel yang kau baca tu tajuknya Sisa Sebuah Janji kan? Pelik la kau ni... cepat bukak pintu ni....!" Tepat sekali jawapan yang diberikan. Sekarang aku lebih yakin yang berada diluar itu adalah mereka yang sebenar. Yang sedang berdiri di belakan aku adalah hantu..
Perlahan aku memulas tombol pintu dari dalam untuk membuka pintu. Aku terlupa aku sudah menyelak pintu itu tadi. Aku kemudiannya cuba mencapai selak pintu untuk dibuka. Tiba-tiba, semasa tangan aku menyentuh selak pintu, ada satu lagi tangan yang memegang tangan aku seolah-olah cuba menghalang aku membuka selak itu. Aku menelan air liur. Lutut aku mula menggeletar ketakutan. Tubuh aku memggigil kesejukan. Tidak berani bercakap lagi. Kurasakan nyawaku sudah berada dihujung tanduk.
"Nak pergi mana?" Suara serak dan garau tiba-tiba muncul dari belakang aku... Suara itu sangat menyeramkan. Bulu roma aku sudah terpacak semuanya termasuk bulu hidung sekali.
Sekilas aku berpaling kebelakang ... Aku terpandan dua susuk tubuh yang besar. Hitam semuanya.. Muka mereka dipenuhi darah dan ada ulat yang menjalar keluar dari rongga-rongga yang ada pada muka.
"Argggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Aku menjerit sekuat hati aku. Takut siot....
Azan mula berkumandang. Segala kerisauan hilang apabila aku terjaga dari mimpi yang ngeri.. Sial.. kalau betul tadi sudah pasti aku sudah mati dan mayat aku ditemui dalam keadaan yang mengerikan..
"Tu la kau... kan aku dah pesan, jangan banyak sangat tidur petang. Tengok sampai azan maghrib baru nak bangun. Macam mana tak dapat mimpi ngeri..." Bla...bla..bla...bla.... Luqman meneruskan bebelannya lagak seperti seorang ayah yang kuat membebel. Aku pasang telingan tapi tidak mendengar langsung butir-butir bebelannya. Kemudiaan, aku terus mencapai tuala dan bergerak menuju ke bilik mandi. Aku tersenyum sendiriaan memikirkan apa yang terjadi sebelum ini.........
p/s: Moral of the story, jangan terlalu banyak tidur petang........ Sampai maghrib tu dah kira kes kronik.. Kalau selalu diamalkan, boleh buat kita jadi gila.....
oww yeahhhhh~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment