Monday 7 January 2013

Cinta yang tak terungkap






Assalamualaikum. Nama aku Amran.. Aku masih ingat lagi peristiwa malam itu... Ketika itu aku dan Dayana dalam perjalanan menuju ke rumah kami, dalam ligkungan waktu itu kelihatan hujan turun dengan lebatnya. Mata Dayana masih tidak kering dengan air mata. Dia sangat kecewa dengan keputusan aku untuk menceraikannya. Dia memang patut berasa sedih, rumah tangga kami yang sudah mencecah usia 3 tahun bakal berakhir. Aku sudah cuba sedaya-upaya untuk cintakan dia, namun segalanya menemui jalan buntu. Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kami itu jelas mengheret aku dan Dayana dalam situasi yang amat sukar untuk dimengertikan. Aku rasakan Dayana sudah cuba yang terbaik untuk memenuhi tanggungjawabnya menjadi seorang Isteri namun aku sudah gagal menjadi suami yang baik. Hubungan kami tidak lebih dari sebuah ungkapan "aku terima nikahnya". Kami tinggal sebumbung sudah 3 tahun namun keserasian itu tetap gagal menyatukan kami hanya kebisuan menghiasi hari kami. Rumah kami setiap hari dilanda kesunyian. Kadang-kala ketika pulang dari kerja, aku terdengar esakan kecil dari tangisan Dayana. Aku hanya mampu mendengar tanpa cuba untuk memujuk hatinya. Aku tahu dia sedih dengan keadaan hubungan kami berdua. Oleh sebab itu, aku telah membuat keputusan untuk berpisah walaupun aku tahu itu akan membuat Dayana lebih sedih. Namun aku sudah tidak sanggup mendera perasaan Dayana mahupun perasaan aku sendiri. Aku sudah sedaya mungkin mencuba untuk mengikat hubungan kami dengan rasa cinta, namun aku masih tidak mampu untuk meraih cinta Dayana atau memberikan cinta kepadanya. Aku gagal! Sejak aku memberitahu Dayana tentang keputusan untuk menceraikannya, dia hanya mengangguk lemah. Riak wajahnya langsung berubah. Tangisan yang tidak bernada itu membuat aku menjadi serba salah. Dayana terlalu baik untuk aku dan aku tidak mampu untuk membalas kebaikannya itu. Aku tidak layak untuk membahagiakannya. Agak lama membisu, tiba-tiba aku terdengar esakan-esakan kecil yang terbit dari tangisan Dayana. Dia sudah tidak mampu lagi untuk menahan tangisannya. Aku mula menjadi serba salah. Disebabkan itu, aku terfikir untuk membatalkan niatku untuk  meneruskan penceraian ini. Kali ini aku yakin dengan keputusan aku. Selama ini aku tidak sedar bahawa aku sudah mulai menyayangi dirinya. Apabila aku hendak membuka mulut memberitahu tentang niat aku untuk tidak menceraikannya, tiba-tiba bunyi dentuman kuat mengejutkan aku. Sebuah kereta telah melanggar kereta yang kami naiki dari arah belakang. Aku gagal mengawal stereng kereta meyebabkan kereta yang aku pandu hilang Imbangan lalu merempuh pembahagi jalan. Pandangan aku semakin lama semakin kabur. Sebelum tidak sedarkan diri, aku dapat melihat kepala Dayana sudah berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Selepas itu pandangan mata aku bertukar gelap gelita......

Aku telah terlantar koma.. Dayana pula tidak dapat diselamatkan.. Bangkit sahaja dari koma, terbit rasa sesalan. Kenapa perkara ini perlu berlaku? Kenapa nyawa Dayana yang tidak bersalah itu diambil? Kenapa nyawaaku sahaja yang tidak diambil? Dalam tidak sedar, aku cuba mepersoalkan dan meyalahkan takdir. Hidup aku jadi tidak menentu. Setiap hembusan nafas aku berbau sesalan. Aku terlalu takut menerima suratan takdir bahawa Dayana sudah pergi buat selama-lamanya sebelum sempat aku menyatakan kata cinta yang menyesakkan dada. Hari aku mulai suram sehingga suatu ketika, hidup aku dibayangi wajah Dayana. Akhirnya aku telah mencipta satu ilusi bagi menutup setiap sesalan yang menghimpit aku. Aku kelihatan seperti orang yang tidak waras dimata orang lain. Ah, aku sudah tidak perdulikan itu semua. Yang penting aku mampu melihat Dayana biarpun bukan pada dunia yang nyata. Setiap hari aku melihat Dayana menagis memeluk potret gambar aku sambil menagis. Pada suatu hari, aku cuba menghampiri Dayana yang sedang asyik melihat album perkahwinan kami. Aku hanya terkaku disitu, sengaja aku tidak mahu Dayana menyedari kehadiran aku. Aku nampak dia memasukkan album itu ke dalam kotak. Aku sedikit terkilan dengan perlakuannya itu lantas aku mempersoalkan tindakannya itu? Aku memegang bahunya dan mengoncang perlahan tanda meminta penjelasan. Dia hanya terdiam dan berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaanku.. Mungkin dia masih marahkan aku lagi. Aku biarkan sahaja dia pergi tanpa berpaling. Setelah beberapa langkah, aku melihat Dayana merebahkan dirinya di satu sudut ruang tamu rumah. Kemudian dia menagis teresak-esak sebelum esakan itu bertukar menjadi raungan yang kuat. Beberapa kali dia memanggil nama aku. Pantas aku berlari mendapatkannya. Apabila ditanya kenapa dia menagis, dia hanya terdiam. Soalanku langsung tidak dijawab, wajahku langsung tidak ditatapnya. Aku tahu, dia mungkin masih marahkan aku lagi. Dibiarkan sahaja dia menagis dalam dakapanku.


Setelah tangisannya reda, aku terdengar dia berbisik perlahan.

"Kenapa awak tinggalkan saya?" Katanya dengan nada suara yang serak.

"Saya tak pernah tinggalka....." Suara aku tiba-tiba sahaja tersekat apabila terpandang sebuah cermin yang berada tidak jauh dari jarakku dan Dayana. Aku lihat tubuh Dayana pada  patulan dari cermin itu tetapi..... Aku tidak nampak wajahku. Aku seolah-olah tidak wujud.

Ya, benar... Aku tidak wujud lagi. Perlahan aku tersedar akan realiti yang sebenar. Kemalangan tempoh hari telah meragut nyawaku. Dayana terselamat dari kemalangan maut itu. Aku meraup-raup wajahku sendiri apabila tersedar akan hakikat itu. Kenapa? Kenapa semua ini berlaku? Roh aku tidak terlepas dari dunia ini? Cinta aku pada Dayana telah menarik aku kembali ke alam kehidupan. Kini aku hanya bersendiriaan membawa selalan masa lalu dan membawa bebanan cinta yang tak terungkap. Perlahan aku melepaskan Dayana dari dakapanku. Aku sedar, dia tidak mugkin dapat melihat aku lagi akibat hijab antara kami. Selama mana aku akan terperangkap di sini? Terhukum melihat Dayana akan dimiliki oleh orang lain? Tidak! Aku tidak sanggup melihat itu semua! Tolong aku!!!!!! Kembalikan kehidupan aku!!!!!



Yang Menyesali Kesilapan Lalu

-Amran

Read more...

Untuk Sahabat yang sedang berduka..... -Pingu


Read more...