Rizki Ikbal melangkah
keluar dari Butik Reena setelah kehilangan mood untuk membeli pakaiaan setelah
mendengar kata-kata pembantunya, Rafi. Sungguh sakit sekali hatinya apabila
mengetahui pembantu peribadi yang dipercayainya itu seolah-olah
membelakangkannya dalam membuat sesuatu. Mukanya yang tampan kelihatan sedikit
membengis. Rafi mengikut sahaja langkah Rizki Ikbal tanpa berani membantah.
Faham benar dengan keaadaan majikannya itu jika berada dalam keadaan marah.
“Kan aku dah pesan dekat kau, jangan berurusan dengan
diorang. Kau kan tahu aku tak suka dengan wartawan-wartawan majalah tu. Suka
buat cerita yang mengarut..” Marah Rizki Ikbal terserlah walaupun suaranya
masih lagi terkawal. Dia bukannya suka menengking walaupun sikapnya agak tegas.
“Maaf encik Riz, saya terlupa...” Rafi tetunduk ketika
berbicara menyedari kesilapannya membuat pertemuan dengan wartawan dari majalah
MASKULIN tanpa pengetahuan bosnya itu.
“Lupa..lupa..lupa.. Tu je alasan kau tahu buat!” Rizki
Ikbal merengus kuat menzahirkan amarahnya.
“Maaf.. Tapi saya tak cakap apa-apa pun dengan diorang..
Diaorang Cuma tanya perkembangan terbaru encik Riz je..” Kata Rafi sekadar
untuk membela diri.
“Masalahnya sekarang ni, aku tak suka kau berurusan
dengan diorang, kau faham tak!” Rizki Ikbal menghentikan langkahnya kemudian
merenung tanjam ke wajah Rafi. Renungan itu membuatkan Rafi menelan liur. Dalam
masa yang sama, Rizki Ikbal terimbau kembali kisah yang mengejutkannya suatu ketika dahulu. Ketika itu salah seorang
wartawan dari majalah MASKULIN telah menjaja cerita konon-kononya Rizki Ikbal
merupakan ‘anak ikan’ kepada seorang datin. Kecoh satu dunia hiburan tanah air
ketika itu. Akhirnya cerita itu berahkhir apabila datin yang disangka mempunyai
skandal dengan Rizki Ikbal itu adalah ibu Rizki Ikbal sendiri. Disebabkan
fitnah itu, Rizki Ikbal telah menfailkan saman malu ke atas syarikat penerbitan
yang terlibat dengan penyebaran cerita palsu itu dan akhirnya kes saman itu
berpihak kepadanya. Walaupun namanya sudah dibersihkan, namun perkara itu
ternyata masih didendami oleh Rizki Ikbal kerana telah menjejaska reputasinya
sebagai seorang artis dalam bidang lakonan.
Kelihatan dua orang gadis sedang berjalan bertentangan
arah dengan Rizki Ikbal. Rizki Ikbal tidak menyedari dua orang gadis itu
berjalan menuju ke arahnya kerana ketika itu dia terlalu asyik mengomelkan
sesuatu kepada Rafi.
“Cepatlah Sha, aku dah lambat ni... Kan aku dah cakap
tadi, bagi aku hantar Assignment ni
dulu baru kita datang sini..” Ardela Sofea mencebik. Langkahnya semakin laju.
“Yelah..Yelah...”
Fasha menurut sahaja tanpa membantah.
Serentak Rizki Ikbal dan Ardela Sofea berpaling ke
hadapan, tubuh mereka sudah bertembung. Secara tidak sengaja, kedua-dua belah
tangan Rizki Ikbal sudah berada di bahagian dada Ardela Sofea. Pantas Rizki
Ikbal mengalihkan tangannya lantas menyembunyikan kedua-dua belah tangannya di
belakang pinggang. Berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku. Mukanya merah
menahan malu. Berbeza pula dengan Ardela Sofea muka gadis itu kelihatan merah
menahan amarah.
“Kenapa
buat muka terkejut macam tu?” Rizki Ikbal membuat muka tidak bersalah. “Oh... I tahu... You mesti nak autograph
I kan?...” Sambungnya lagi sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Tidak
semena-mena Rizki Ikbal mengambil salah satu buku yang ada ditangan Ardela
Sofea. Tidak pula Ardela Sofea membantah. Riak wajahnya seolah-olah masih tidak
berpuas hati dengan sikap Rizki Ikbal yang enggan memohon maaf walaupun memang
terang-terang itu adalah salah lelaki itu.
“You ada pen tak?” Pinta Rizki Ikbal
sambil memandang tepat ke wajah Ardela Sofea. Riak wajah Riki Ikbal dilihat
menjengkelkan pada pandangan Ardela Sofea .
Ardela
Sofea hanya terdiam sambil riak wajahnya masih kelihatan bengis. Fasha yang
berada di sebelah Sofea tercari-cari sesuatu dalam beg sandangnya. Rafi hanya
terdiam walaupun dia nampak apa yang berlaku sebentar tadi. Fasha pula langsung
tidak nampak apa yang berlaku semasa pertembungan yang tidak disengajakan itu.
“Nah.....”
Fasha secara spontan menghulurkan sebatang pen hitam yang baru sahaja
dikeluarkan dari beg sandangnya kepada
Rizki Ikbal. Rizki Ikbal hanya tersenyum.
Ketika Rizki Ikbal
hendak mencapai pen yang ada ditangan Fasha, secara pantas tangan Ardela Sofea
memegang tangan Fasha tanda menghalang. Fasha berkalih memandang Ardela Sofea.
Ternyata renungan menakutkan Ardela Sofea itu mampu membuatkan singa jantan
tertunduk menyembunyikan taring. Garang!
“Ha
ha ha.. Tak apa Cik... Fa..sha Fazura, pembantu saya ada pen..” Lambat-lambat
Rizki Ikbal menyebut nama gadis itu seperti sendang mengeja.. “Rafi, bagi aku pen...” Sambungnya lagi sambil
menghulurkan tangan tanda meminta ke arah Rafi yang berada sedikit kebelakang.
“Eh, macam mana awak tahu nama saya?” Fasha bertanya
penuh teruja.
“Ha ha ha... Cik Fasha, saya pun pernah belajar jugak
tapi.... Tak adalah sampai nak pakai matrix
card sampai ke shopping complex...”
Perli Rizki Ikbal sambil memandang kad matrik yang tergantung di leher Fasha.
Merah padam muka Fasha menahan malu. Entah bagaimana dia
boleh terlupa untuk menaggalkan kad matrik sebelum melangkah keluar dari kampus
sebentar tadi. Dia tergesa-gesa hendak keluar dari kampus sebentar tadi sampai
terlupa untuk menaggalaknnya. Sangat memalukan apabila ditegur sedemikiaan oleh
pelakon popular –Rizki Ikbal
“Rafi... cepatlah.. Bagi pen... Aku tak nak buat peminat
aku ni menunggu lama..” Rizki Ikbal memandang wajah Ardela Sofea sekadar
mengejek. Dia tahu gadis itu masih marah akibat dia tidak memohon maaf atas
kemalangan ‘ngeri’ sebentar tadi. Egonnya terlalu tinggi untuk memohon maaf.
Rafi yang terpaku di belakang Rizki Ikbal menapak beberapa langkah ke hadapan untuk
menghulurkan sebatang pen berjenama kepada Rizki Ikbal. Selepas menerima pen
itu, Rizki Ikbal terus menurunkan autograph
di atas salah satu helaian mukasurat buku yang ada ditangannya. Terbeliak mata
Ardela Sofea apabila mendapati buku yang berada ditangan Rizki Ikbal itu adalah
assignment yang perlu dihantar sebelum pukul 4 petang hari ini.
Menyedari reaksi Ardela Sofea, Rizki Ikbal terus
tersenyum sambil bertanya.
“Nama you apa?”
Rizki Ikbal mengangkat kedua-dua keningnya mengharapkan jawapan dari gadis yang
sudah membisu itu.
Ardela Sofea hanya membatukan diri dengan riak muka yang
bengis. Dia masih menunggu permohonan maaf daripada lelaki tersebut namun,
perkara lain pula yang terjadi membuatkan amarah Ardela Sofea bertambah.
“Takpe.... I tulis
Cik Singa jela... Sebab muka you ni
garang macam singa... Cuba senyum sikit, baru manis...” Perli Rizki Ikbal
sambil ketawa kecil.
Dengan sengaja, Rizki
Ikbal menulis perkataan ‘Cik Singa’ di bawah autografnya. Ardela Sofea cuba
merampas buku itu daripada tangan Rizki Ikbal namun gagal apabila Rizki Ikbal
sempat mengalihkan sehingga tidak sempat dicapai oleh Sofea Ardela. Rizki Ikbal
seolah-olah mahu mempermainkan Ardela Sofea. Mereka bergelut seperti
kanak-kanak berebutkan gula-gula. Sekian lama bergelut, akhirnya Ardela Sofea
dapat mencapai buku assignmentnya
tetapi Rizki Ikbal enggan melepaskan. Tanpa disengajakan buku-buku lain yang
berada ditangan Ardela Sofea jatuh berselerak, manakala buku yang direbut dari
tangan Rizki Ikbal terkoyak sebahagian muka suratnya. Fasha hanya menjadi
pemerhati disitu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Ops! Sorry dear...
My bad...” Rizki Ikbal membuat muka tidak bersalah walaupun itu sebenarnya
memang salah dia! Segera dia menghulurkan buku yang sudah tekoyak itu kepada
gadis dihadapannya. Ardela Sofea merampas buku itu secara kasar. Langsung tidak
mahu bertolak ansur dengan lelaki itu!
Tidak lama selepas itu, Rizki Ikbal diserbu peminatnya
yang bagaikan ‘gila’. Berteriak menjerit-jerit namanya. Rizki Ikbal. Rizki
berjalan meninggalakan Ardela Sofea tanpa menoleh seolah-olah tiada apa yang
berlaku sebentar tadi. Rafi pula hanya memerhatikan Adela Sofea. Rafi melarikan
pandangan matanya tatkala Ardela Sofea merenungnya dengan riak wajah yang menakutkan.
Ardela Sofea memungut semua buku-buku yang terlepas dari tangannya diatas
lantai. Mukanya jelas menunjukkan dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Lelaki
itu sudah melampaui batas! Sudahlah tidak mahu meminta maaf, malah sempat lagi
membulinya.
Fasha yang sedar bahawa taufan kemarahan Ardela Sofea
akan melanda tidak lama lagi pantas mendapatkan gadis itu untuk menenangkannya
namun semuanya kelihatan sudah terlambat. Api kemarahan Ardela Sofea sudah tidak
mampu dipadamkan lagi. Usai memungut semua buku yang jatuh itu, dia menyerahkan
buku-buku tersebut kepada Fasha secara kasar sekali membuatkan Fasha berganjak
sedikit kebelakang.
“Fea... jangan... ni tempat awam....” Larang Fasha.
“Ah... Aku tak peduli.. Jantan tu mesti diajar..
Mentang-mentang artis. Nak belagak pulak dengan aku! Dasar lelaki pervert!”
Kemarahan Ardela Sofea sudah sampai kepuncak. Perang bakal tercetus!
Ardela Sofea meluru pantas ke arah Rizki Ikbal yang
kelihatan galak melayan peminat ‘gila’nya. Dengan kasar dia menarik lengan
Rizki Ikbal. Seolah-olah baru mendapat satu suntikan kekuatan luar biasa
menyebabkan Rizki Ikbal jatuh tersungkur. Gelagat mereka disaksikan oleh orang
yang lalu lalang disitu. Ada diantara mereka yang tertawa, ada pula yang
menggelengkan kepala. Rafi tergelak kecil. Apabila gelaknya disedari Rizki
Ikbal, senyuman dibibirnya kembali mengendur.
“Rizki! Awak tak apa-apa ke? Hey perempuan gila.. Kenapa
dengan kau ni hah!!” salah seorang peminat ‘gila’ Rizki Ikbal menengking Ardela
Sofea.
“Kau diam!! Hal ni tak ada kena mengena dengan kau.
Sebelum aku sepak muka kau. Baik kau duduk situ diam-diam..” Balas Ardela
Sofea.
Peminat Rizki Ikbal itu terus diam membisu akibat
ketakutan. Dia menyangka Ardela Sofea benar-benar gila. Kekecohan itu menarik
ramai mata-mata yang memandang dan memerhati. Bingkas Rizki Ikbal bangun
semula. Malu dia! Dia boleh tumbang hanya dengan kudrat tarikan seorang gadis
yang bertubuh kecil molek. Dia cuba menagawal ‘macho’nya.
“Kenapa dengan you ni? Kan I dah bagi autograph tadi. Nak apa lagi ni? Nak
bergambar pulak ke?..” Rizki Ikbal berseloroh menyebabkan ada yang tergelak.
“Jantan tak guna!
Kenapa kau conteng assignment aku? Kau tarik sampai koyak! Lepas tu boleh pulak
buat muka tak bersalah. Petang ni aku kena hantar la! Kau ingat autograph kau lawa sangat ke? Bodoh!...”
Marah Ardela Sofea.
“Habislah.....” Fasha yang memerhati dari jauh berbisik
kepada dirinya sendiri.
“Err.... itu bukan salah I... You yang tarik
sendiri..Okay! kalau pasal autograph tu, memang I yang buat. Tapi you tak halang I pun.. So, I ingat you tak
kisah....” Rizki Ikbal mempertahankan diri dengan hujahnya. Tidak mahu
dimalukan dikhalayak ramai.
“Oh... pandai kau nak mengelak ye... Tadi kau langgar
aku... lepas tu kau pegang aku punya..... kau nak buat tak tahu jelah. Banyak
cantik muka kau. Kau ingat aku macam peminat-peminat kau yang bodoh tu ke?
Sanggup bagi apa saja... Pergi mati la...!!” Ardela Sofea kelihatan begitu
marah sekali.
“Okay... I tak sengaja la.. yang you nak marah-marah ni kenapa?”.. Rizki Ikbal sudah kehilangan hujah. Dia
kelihatan gugup sekali apabila mendengar Ardela Sofea membangkitkan hal itu
dihadapan khalayak ramai.
“Kalau tak sengaja mintak maaf la bodoh! Tu pun nak kena
ajar ke. Kata artis popular.. Kalau adab pun tak tahu, baik kau pergi tadika
balik...!” Bahasa yang digunakan Ardela Sofea agak kasar namun itulah ungkapan
yang sejujurnya diluahkan untuk lelaki seperti Rizki Ikbal! Melampau!
“Err.... emmm....” Rizki Ikbal kematian hujah. Kini dia
terperangkap dalam kesilapannya sendiri. Mukanya merah padam apabila orang
ramai yang berada disitu sedang memerhatikannya dengan pandangan yang negatif.
Dia mulai berasa resah gelisah. Dia tahu orang sekeliling pasti melebelkan
dirinya sebagai artis yang bermasalah.
Fasha dengan pantasnya meluru ke arah Ardela Sofea. Dia
menarik Ardela Sofea untuk mengeluarkan gadis itu dari situasi tegang. Dia
tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.
“Fea... Marilah kita balik.. sudah-sudah la tu ya...”
Fasha cuba memujuk.
Ardela Sofea merengus kasar. Akhirnya Ardela Sofea akur.
Dia meninggalkan perkarangan lokasi dengan muka yang bengis. Tiada siapa yang
berani menghampirinya kecuali Fasha. Pantas mereka berjalan untuk mengelak muka
mereka dicam oleh orang yang berada disitu. Dalam perjalanan, Ardela Sofea
sempat berpaling semula kearah Rizki Ikbal. Ternyata lelaki itu terpaku disitu
sambil diperhatikan oleh orang ramai yang mulai bersurai. Ardela Sofea
tersenyum puas!.
No comments:
Post a Comment