Sunday, 26 February 2012

Saya Sebuah Laptop

      Teringat zaman sekolah dulu... Cikgu suruh buat karangan pasal bila kita meletakkan diri kita sebagai barang-barang.. Contohnya, 'saya sepasang kasut', saya 'sebiji sehelai spender koyak', errr... apa lagi.. saya... pape jelah.. Tapi mesti ending cerita tu sedih je...  Kalau kasut tu, mest ditinggalkan dalam almari... Spender koyak tu... Err.. No komen la... Oit, jangan berani cakap aku pakai spender koyak ok!! So hari ni aku nak kembali ke zaman tu semula.. Nak buat karangan pasal... Hah, layan jela..



                                       Saya sebuah laptop


     Nama saya Acer Aspire 4738G. Saya merupakan sebuah laptop yang paling hebat di abad ini. Saya telah diberikan nyawa. Orang panggil nyawa saya Window7. Tempat asal saya adalah Kilang Acer yang terdapat di Lembah Klang kemudian saya dipindahkan ke Kedai Komputer di sekitar Kuala Terengganu. Setelah beberapa lama menetap disana, akhirnya saya telah dibeli oleh seorang budak lelaki yang sangat hensem dan comel. Ni Facebook dia Amirul Rasyid Roslan. Jangan lupa add tau. Selepas tuan saya yang hensem tu beli saya, dia bawa saya singgah di KFC. Tapi sayang, saya tak boleh makan. So, dia makan seorang diri sahaja. Selepas itu, dia membawa saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia memperlahankan keretanya apabila lampu isyarat oren  menyala dan kemudian berhenti apabila lampu isyarat merah. Sopan kan?. Tapi belum sempat hijau, dia pun jalan. Kurang ajar kan?. Baik, tu bukan cerita saya.

     Cerita saya dimulakan dengan babak-babak gembira dimana pada awalnya tuan saya sangat menyayangi saya. Hampir setiap hari dia mencuci dan menggilap saya. Setiap hari saya di bersihkan. Pada suatu hari, dia terlupa untuk membersihkan saya. Saya kata tak apalah, mungkin dia sibuk. Keesokan harinya dia lupa lagi sampailah sekarang saya digunakan dalam keaadaan berhabuk. Kadang-kadang dia sendiri bersin apabila habuk pada tubuh saya disedut ke dalam pernafasannya. Selepas itu saya juga yang dipersalahkan. Tak mengapalah, saya tak kisah sebab dia tuan saya. Walaupun dia tak sayang saya, saya tetap sayang dia.

     Apa yang paling sedih ialah apabila dia menggunakan saya tanpa henti. Masih segar diingatan saya pada hari itu, dia menggunakan saya bermula dari pagi sampai ke tengah malam tanpa henti. Pada hari itu saya diserang demam panas. Suhu badan saya mencecah 80 darjah celsius. Tapi tak mengapa, demi dia saya sanggup berkhidmat walaupun saya demam. Saya sangat sayangkan dia. Lama-kelamaan saya sudah tidak mampu bertahan lagi, suhu badan saya  semakin tinggi dan akirnya saya pengsan. Muka(Skrin) saya tba-tiba bertukar menjadi biru(blue screen). Sedih, apabila sekali lagi saya dipersalahkan. Teruk saya dibelasah. Diketuk-ketuknya tubuh saya dengan tangan, ditampar-tampar berulang kali. Aduh! sakitnya tidak terhingga.

     Selepas saya sembuh, sekali lagi hidup saya ditimpa malang. Saya diserang oleh virus yang sangat banyak. Otak(processor) saya pening dan berat untuk beroperasi seperti biasa. Jadi segala perlahan. Berulang kali saya dimaki hamun walaupun itu bukan salah saya. Tak mengapalah, dia tuan saya. Memang patut dia marah saya. Selepas diformat semula, akhirnya saya dapat beroperasi seperti biasa. Namun, saya sangat sedih apabila tuan saya sudah mula mengetepikan saya. Dia jarang menggunakan saya. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Apa salah saya?. Mungkin kerana usia saya sudah lanjut dan agak ketinggalan zaman. Akhirnya kini, dia tidak lagi menggunakan saya, Dia sedang hidup bahagia bersama laptop barunya. Dan saya pula? terkurung terhukum didalam kegelapan almari dan tidak berguna lagi Begitulah kisah hidup saya sebagai sebuah laptop.


Haha.. Sorry la kalau kata-kata dalam karangan ni kedengaran agak poyo sikit. Saja nak berlawak. Ok.. Chill.... 

Mybe ada yang akan kata... "tak lawak ok..."
Haha.. biasa la tu.. Bukan semua orang boleh terima kita.. Orang akan lupa segala kebaikan dan jasa kita bila sekali kita buat silap walaupun itu bukan salah kita sepenuhnya. Satu kesilapan mampu menutup beribu jasa dan kebaikan kita. Jangan bila orang tu senang kita akan kawan dan puji dia lebih-lebih. Bila dia susah, kita akan pinggirkan dia. Biasa la...Hargailah apa yang kita ada!Ok.. tu la moral of the story nya..

Oww Yeah!

Read more...

Saturday, 25 February 2012

Akhirnya Chelsea Menang juga... Oww Yeah! Amirul


   Wah, baguslah... Sekarang baru nak bangkit.. Come on Chelsea.. Jangan buat fans kecewa lagi.. Banyak sangat kalah, banyak sangat seri. Boooring la!. Tambah lagi kemenangan.. Jangan la main style lama...

 Ok, Tengok ni.....


Sekarang dah naik balik. Aku tahu mungkin susah nak menang musim ni dengan perbezaan mata yang jelas jauh ketinggalan dengan mata pendahulu liga. At least buat la sesuatu supaya paling kurang pun dapat tempat kedua atau ketiga. Buktikan Chelsea boleh. Hentikan demam kekalahan. Buat aku bangga menjadi fan  Chelsea. Oww Yeah!






Ok.. Tengok scorer plak.. Maaf la Torres, nama lu tak ada dalam senarai. Why Torres? Why?. Setiap game lu main.. Tapi semua lu kasi gua punya harapan hancur... Aduh-aduh... sedih bhai... Tak pa la.. Cuba lagi... Lu kasi gol, gua cium kaki gua sendiri. Deal..



Read more...

Jangan persoalkan


Ehem.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Entri kali ni tentang orang yang suka persoalkan tentang hukum.
Ok.. Nak kata aku pandai, tak la pandai sangat nak komen-komen pasal bab-bab hukum hakam ni. Tapi aku tahu la sikit-sikit. Tengok gambar kat atas ni. Ni adalah print screen dari post yang salah seorang kenalan facebook aku.. Ok, niat aku bukan nak mengaibkan sesiapa, sebab tu aku kaburkan gambar dan nama dia. Setahu aku la, memang boleh masuk masjid kalau tak pakai tudung ke, kain terbelah ke, bogel ke.... Tak ada lagi orang yang terbakar bila masuk masjid dalam keadaan macam tu,,,, TETAPI.... hukumya tetap berdosa.. Ok,, Pertama, tidak munutup aurat tu adalah berdosa, kedua..... Sebenaranya perempuan ni tidak digalakkan ke masjid.. Tidak digalakkan bukan bermaksud haram, cuma... Bagi mengelakkan fitnah.... Bila dah jadi fitnah orang ramai tu berdosalah.. Kalau tak menutup aurat tu berdosa, melihat aurat orang lain tu pun berdosa sebenarnya.. Err... Ok, contohnya kita baru lepas seseorang perempuan tu mununaikan solat di masjid, lepas tu   dia keluar dari masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat dan berpakaiaan seksi.... Kbetulan pada masa tu Tok Imam baru keluar dari masjid juga, mahu tidak bergoyang iman Tok Imam tu... Secara tidak sengaja dia sudah berdosa sebab melihat aurat perempuan tu Perempuan tu pulak secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dosa Tok Imam tu. Dosa kita jugak makin bertambah-tambah.

Sebagaimana seruan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi: "Sesungguhnya saya tanpa segan menyeru supaya bukakanlah kepada para perempuan untuk ke rumah-rumah Allah, supaya mereka juga dapat mencari kebaikan, mendengar peringatan dan mempelajari agama. Keluar mereka ini sedikit sebanyak boleh memberikan kegembiraan kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat), selagi mana mereka keluar dalam keadaan bersopan, menutup aurat dan tanpa solekan yang diharamkan”.Sumber (http://halaqah.net).

Ah, satu lagi.... baru terfikir analogi ni.... Kan Hukum menutup aurat tu wajib. Allah dah tetapkan.. Sanggup ke kita masuk rumah Allah dalam keadaan kita sedang melakukan dosa??.. Ok, kalau kita langgar hukum manusia la... Contohnya, kita pergi majlis kawin orang dalam keadaan separuh bogel, agak-agak tuan rumah nak terima kita sebagai tetamu tak?.. ha~~ Fikir-fikirkanlah.....
Read more...

Friday, 24 February 2012

Telur Di Hujung Tanduk....




Adakah ini yang dimaksudkan dengan telur dihujung tanduk? Tak.. Ni just apa yang aku fikir.. Ok.. mari bersihkan otak seketika... Maksudnya ialah: kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin. Diambil dari http://tatabahasabm.tripod.com. Ok, biasanya digunakan untuk untuk menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaaan yang kritikal. Contohnya.... "Oit, nyawa hang dah ibarhat macam teloq dihjung tanduk dah weh, pi la bertaubat. Esok-esok mati dak la hang duk triak-triak dalam kuboq satgi" Wah.. Speaking utara.. hebat-hebat. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, perumapamaan nyawa dihujung tanduk ni sesuai bila aku kantoi smoking dengan mak aku. Hadoi, pedih tu.. Ceritanya bermula apabila suatu hari aku balik rumah baru lepas lepak dengan member-member. Biasa la.. Lepak dengan member kalau tak hisap rokok tak sah la. Habis sebatang, sambung dua batang, tak cukup dua batang sekotak la. Dah habis sekotak, singgah 7Eleven la beli yang baru..  Kalau 7Eleven tutup, sebat rokok member la.. Opss.. sat-sat.. 7Eleven penah tutup ke? Haha.. Ok.. Tu aku tokok tabah... Ok cukup! sambung cerita tadi... Bila aku balik, aku tengok jam dah pukul 2.00A.M. Mungkin semua orang dah tidur kot. Tak pe la, kunci rumah aku bawak. Aku rasa kalau kantoi balik lambat ni mampus jugak aku. Dah la badan bau rokok. So, sebelum sampai kat muka pintu pagar aku matikan enjin motor siap-siap. Tak nak bagi orang lain jaga. Satu lagi masalah, pintu pagar bertayar rumah aku tu dah berkarat, so bila aku tarik sikit menatang tu akan keluarkan bunyi yang bising. Sial betul!. Aku terpaksa bukak perlahan-lahan tak nak bagi bunyi.. Haha! macam orang nak merompak pulak gayanya. Padahal nak masuk rumah sendiri. Okay, lepas setel hal pintu pagar tu. Aku heret motor pelan-pelan. Yes! misi berjaya!. Kemudian, aku jalan, tanggalkan selipar, baca doa nak masuk rumah. Baca doa nak masuk rumah? Ok, ni tipu.... lepas tu, aku cucuk anak kunci dalam lubang kunci perlahan-lahan. Pulas anak kunci tu... sikit lagi...sikit lagi... sikit lagi... Yes! berjaya.... aku tekan suis pintu automatik tu, kemudian masukkan password.. Ok la... Ni aku tipu lagi...... Cukup!. Ah! apa jadi lepas tu?? jeng..jeng...jeng...... Buka saja pintu, satu susuk tampil berdiri betul-betul mengadap rusuk aku.. Aku kelu, hanya mampu berserah pada yang maha kuasa.. Oh Damn! kantoi akhirnya...... Tak nak cerita lah apa yang jadi lepas tu...... Haha... keesokannya aku membuat keputusan untuk berhenti merokok... Tapi sayang... niat suci dan tulus itu hanya mampu bertahan selama beberapa bulan..... Ops.. maksud aku, beberapa jam sahaja..haha.. Sekian... Janganlah Merokok! Merokok mampu membuat mak anda membunuh anda!..

Kandungan dalam rokok. Kalau betul benda ni semua ada dalam rokok, mesti sebatang rokok harganya RM10.
Haha. Just kidding..........




Ok, apa yang aku tak pernah buat selama ni... Baca doa keluar masuk rumah.. Oww Yeah! Ni la doanya..

Doa Masuk Rumah.

Kalu kita amalkan, InsyaAllah, harta benda dan keselamatan akan lebih terjamin...


P/sOk.. Doa pecah rumah tak ada ye... Harap maklum....


Read more...

Penunggu Asrama....

 

   Terdapat cerita seram yang menghantui aku. Ini adalah berdasarkan kisah benar dan terjadi pada diri aku sendiri. Ceritanya bermula apabila...

   Lampu mulai malap, kemudian terang semula. Aku yang sedang membaca novel di meja study mulai terganggu..

"Mungkin lampu rosak kot" Aku cuba berfikir positif.

   Tanpa memperdulikan apa yang berlaku, aku terus melayan novel yang dibaca. 'Tap' Sekali lagi lampu mula mengganggu aku. Kadang-kadang gelap, kadang-kadang terang. Aku memandang kearah Luqman dan Ezzat yang sedang nyenyak tiduk di katil masing-masing. Sesekali bunyi suara Ezzat bercakap. Mengigau agaknya. Luqman pula asyik tergaru sana, tergaru sini. Biasa lah, musim hujan macam ni memang banyak nyamuk.

   Aku meletakkan penanda buku pada bahagiaan yang belum habis dibaca pada novel itu dan menutup novel tersebut. Kemudian aku berjalan menghampiri lampu. Selepas pada itu, aku mengambil kerusi untuk membetulkan lampu, maklumlah aku tak cukup inci. Nak mintak tolong, semua dah membuta. Sedang asyik aku membetulkan lampu berlagak seperti pakar(padahal duk main pusing-pusing starter je..haha..) tiba-tiba aku terdengar bunyi yang pelik....

   "Sial! haram jadah mana yang kentut ni... Tengah-tengah tidur pun boleh lepas bom lagi..." Aku tergelak sendirian sambil memerhatikan mereka yang sedang nyenyak tidur..
 
   Agak-agak lampu dah elok, aku pun turun dari kerusi. Letakkan kembali kerusi tu kat tempat asalnya dan aku terus pergi ke meja untuk menyambung bacaan aku. Selang beberapa bab, tiba-tiba aku terasa macam nak "wee~ wee~" atau bahasa kasarnya nak kencing kasi hancing. Seperti biasa, dah nak kencing tu kena la tinggalkan novel tu sekejap. Aku berjalan menuju ke muka pintu dan terus muembuka pintu.

   "Fuh! kuat betul angin malam ni..." Sesekali angin menyapa pundi kencing aku. Aku semakin tidak tahan dan kemudiaanya terkencing disitu... ops! ni tipu.... Aku kencing dalam jamban la.. Gila nak kencing kat situ. Kalau Mak Cik cleaner tahu, sia-sia aku kena sumapah jadi katak nanti. Kalau mati katak tak pa lagi, tapi kalau hidup sebagai katak, lebih baik mati. Ok.. Sambung cerita tadi.... Aku kemudiaanya berjalan masuk ke dalam tandas. Suasana sunyi, bisa lah. Blok asrama Sri Ipoh ni tak ramai orang. Dua aras je yang ada penghuni, Kalau Blok Sri Iskandar mungkin masa-masa macam ni diaorang tengah berpesta lagi kot.

   Bunyi katak menyalak memecah kesunyiaan malam. Wait-wait?? Menyalak... It suppose to be melalak la... Ok.. Sambung lagi.. Semasa sedang asyik melepas hajat, tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang tengah ketuk pintu jamban. Mula-mula slow aja, lama kelamaan semakin kuat. Dan tak berhenti. Aku tengok kat bawah(ruang antara pintu jamban dan lantai) tak nampak bayang orang pun. Aku pon tak sedap hati la.. Air kencing aku pulak macam tak nak habis.. Makin bertambah ada la.. Aduh, seram sejuk aku dibuatnya. Tak lama kemudiaan bunyi tu hilang serta merta. Aku dihimpit rasa ketakutan.

   "Nak keluar sekarang ke tak.. Ish.. keluar jela.. mungkin ada orang nak main-main je kut"

   Selepas itu, aku memberanikan diri keluar. Memang tak ada sesiapa kat situ. Bulu roma aku naik 90 dajah menegak. Tertelan air liur sendiri walaupun tak sedap. Aku mengatur langkah separa berlari menuju ke bilik. Belum sempat aku keluar, aku ternampak kelibat seseorang. Teka siapa?

   Lambat.. Aku nampak Luqman yang tengah basuh muka. Buang tabiat ke orang tua ni bangun tengah-tengah malam.

    "Sial kau Man, aku ingat siapa yang ketuk pintu macam nak pecah tadi. Apa hal kau bangun ni? Nak study ke? Haha... Bila masa pulak perkataan Study wujud dalam kamus hidup kau...Hahaha" Aku gelak sepuas-puas hati aku. Luqman pula tidak berpaling mahupun memberi sebarang respon. Malas nak duduk lama kat situ, aku pun bejalan menuju ke bilik.

     Aku membuka pintu, kelihatan lampu sudah terpadam. Mungkin Luqman tutup kot, mungkin juga lampu sial tu rosak lagi. Aku pun berjalan menuju ke katil aku. Keadaan agak gelap. Aku mengambil handset BlackBerry Torch aku...... Err.. Maksud aku handset Nokia yang ada torchlight tu la... Aku menyuluh sekitar bilik. Nak bukak lampu tengah takut gangu Ezzat yang sdang lena diulit mimpi. Aku pun berjalan kearah suis lampu yang terletak berhampiran meja  study, ternyata ada orang yang tutup suis lampu tu. Aku pun On balik la. Nak sambung baca novel lagi. Aku memang tak mengantuk langsung malam tu dan line wi-fi pulak buat hal.

      Aku terkejut besar apabila mendapati Luqman masih terbongkang terbaring di atas katilnya.

     "Haram! bila masa pulak dia masuk ni. Tapi, seingat aku... aku masuk sorang je tadi.. Aku tinggal dia kat tandas tadi.. Bila masa dia ada dekat sini?" Seribu persoalan bermain dalam fikiran aku.

     "Tadi dalam tandas tu sapa, yang duk ketuk-ketuk pintu jamban tadi..? Kejap-kejap.. Luqman ada kat sini.. Dalam tandas tadi pun dia ada.. Masa ada orang ketuk pintu jamban tadi tak nampak banyang orang dan tak ada bunyi ada orang berjalan pun.. Jangan-jangan......"

     Tiba-tiba ada bunyi orang yang berjalan dan berlegar-legar di luar bilik. Bunyinya sangat kuat seperti orang itu sengaja menghentakkan kakinya. Lampu tiba-tiba terpadam. Aku terus menjadi tidak keruaan. Hampir kering air liur aku setelah ditelan berulang-ulang kali.. Keadaan dalam bilik yang lebih gelap berbanding di luar bilik menghasilkan bayang-bayang yang datang dari objek dari luar. Aku ternampak bayangan sepasang kaki yang sedang berdiri betul-betul dihadapan pintu. Pantas aku berlari bergerak ke arah pintu. Aku menekan punat kunci lalu terus menyelak pintu bilik. Handset ditanganku masih tidak terpadam lampunya.

    Kemudian aku menyuluh tombol pintu yang seolah-olah dipulas oleh seseorang dari luar. Kecuakan aku semakin meningkat. Aku berhajat untuk mengejutkan dua makhluk yang sedang tidur nyenyak di atas katil masing-masing. Sekilas aku berpaling, kedua-dua mereka sedang berdiri di hadapan aku setelah aku berpaling, kebetulan lampu yang berada ditangan aku menyulh tepat muka mereka. Mahunya tidak terkejut.. aku rebah terduduk dan mengucap kalimah syahadah berulang kali(baru nak ingat tuhan..) sambil mengurut-ngurut dada.

   "Aduh... lemah semangat aku...."

    Ezzat menghulurkan tangannya untuk memabantu aku bangun semula. Sejuk benar tangannya. Tetapi aku sudah berasa selamat sedikit apabila kedua-dua mereka sudah berdiri betul-betul di hadapan aku. Segala ketakutan mulai luntur. Aku bangun semula.Tidak begitu jelas muka mereka, namun suaranya aku dapat cam bila Ezzat bertanya..

    "Kenapa dengan kau ni Mirul, macam kene kejar dengan hantu je?" Tanya Ezzat.
 
    "Hah, memang pun... Aku takut la... Kat luar tu ada......"

    "Ada apa?" Suara Luqman pula kedengaran.

     "Ada hantu Man.... Jangan bukak pintu!"
   
      "Tak apa, jangan takut.. Kami ada......

    Kata-kata semangat dari Ezzat membutakan aku menjadi sedikit berani. Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu dari luar bilik bertambah kuat.. Aku memberanikan diri untuk bertanya siapa...

     "Siapa kat luar tu?" Aku bertanya.

     "Mak Cik karipap la,, Aku datang nak sebelih kau...."

    Meter ketakutan aku mula naik ke tahap yang lebih kritikal apabila suara garau itu mengaku dirinya Mak Cik Karipap iaitu watak hantu yang tersohor di Kolej ini. Aku tidak berani untuk membuka pintu. Luqman dan Ezzat aku masih dapat merasai kewujudan mereka yang sedang berdiri dibelakang aku walaupun aku tidak nampak muka mereka.

    "Ni Ezzat la..Cepat la bukak pintu ni...."

    "Tipu la! kau ada kat dalam ni dengan aku... Kau siapa sebenarnya?"

    Kali ini, suara dari luar itu sememangnya sama dengan suara Ezzat membuatkan aku bertambah hairan dan takut.

    "Apa kau cakap ni, aku kan pergi bilik Syamil tadi... Kan aku jumpa kau tadi dekat Blok Sri Iskandar. Aku cakap aku tak balik bilik malam ni. Ni aku saja balik sebab handset aku tertinggal..."

    Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum ini. Memang ada aku berjumpa dengan Ezzat semasa aku pergi ke Blok Sri Iskandar tadi. Katanya dia tak nak balik malam ini. Aku hanya mengangguk sahaja saat itu dan mengganggap perkara itu tidak penting. Setelah aku menyiapkan kerja-kerja aku di bilik salah seorang budak kelas aku, aku terus balik ke bilik. Apabila sampai di bilik, aku dapati kedua-dua rakan sebilik aku sudah lena tidur. Jam masa itu sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kemudian aku terus membaca novel sehingga diganggu oleh lampu yang rosak yang ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi.

   Sungguhpun begitu, aku tidak percaya... Mungkin yang berada diluar itu palsu kerana Ezzat yang baru bercakap dengan aku sebentar tadi masih berdiri dibelakang aku. Kemudian kedengaran ada bunyi langkah kaki individu lain sedang bejalan di luar bilik.. Kedengaran suara Ezzat dan lelaki asing sedang berbual-bualkan sesuatu di luar bilik.

    "Mirul, ni Man ada dengan aku. Dia cakap masa dia keluar pergi tandas tadi kau tak ada, aku pun tak ada kat bilik dia tengok lampu terpasang, dia tutup la. Dia ingat kau tak balik lagi. Lepas tu dia jumpa kau kat tandas. Dia kata kau tuduh dia ketuk-ketuk pintu jamban kau. Betul kan? Bukak la pintu ni...."

     Semua tu betul, jika begitu. Siapa yang berdiri dibelakang aku sekarang ni. Aku tidak berani untuk berpaling. Sekarang ini aku berasa serba salah, tidak tahu mana yang betul dan mana yang palsu antara mereka. Yang diluar atau didalam.

      "Ok.. Kalau Luqman ada kat luar, aku nak tanya dia sesuatu... Dia sorang je yang tahu novel apa yang aku tengah baca dua tiga hari ni..."

      " Apa punya soalan la kau tanya. novel yang kau baca tu tajuknya Sisa Sebuah Janji kan? Pelik la kau ni... cepat bukak pintu ni....!" Tepat sekali jawapan yang diberikan. Sekarang aku lebih yakin yang berada diluar itu adalah mereka yang sebenar. Yang sedang berdiri di belakan aku adalah hantu..

      Perlahan aku memulas tombol pintu dari dalam untuk membuka pintu. Aku terlupa aku sudah menyelak pintu itu tadi. Aku kemudiannya cuba mencapai selak pintu untuk dibuka. Tiba-tiba, semasa tangan aku menyentuh selak pintu, ada satu lagi tangan yang memegang tangan aku seolah-olah cuba menghalang aku membuka selak itu. Aku menelan air liur. Lutut aku mula menggeletar ketakutan. Tubuh aku memggigil kesejukan. Tidak berani bercakap lagi. Kurasakan nyawaku sudah berada dihujung tanduk.

      "Nak pergi mana?" Suara serak dan garau tiba-tiba muncul dari belakang aku... Suara itu sangat menyeramkan. Bulu roma aku sudah terpacak semuanya termasuk bulu hidung sekali.

      Sekilas aku berpaling kebelakang ... Aku terpandan dua susuk tubuh yang besar. Hitam semuanya.. Muka mereka dipenuhi darah dan ada ulat yang menjalar keluar dari rongga-rongga yang ada pada muka.

      "Argggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Aku menjerit sekuat hati aku. Takut siot....


     Azan mula berkumandang. Segala kerisauan hilang apabila aku terjaga dari mimpi yang ngeri.. Sial.. kalau betul tadi sudah pasti aku sudah mati dan mayat aku ditemui dalam keadaan yang mengerikan..

     "Tu la kau... kan aku dah pesan, jangan banyak sangat tidur petang. Tengok sampai azan maghrib baru nak bangun. Macam mana tak dapat mimpi ngeri..." Bla...bla..bla...bla.... Luqman meneruskan bebelannya lagak seperti seorang ayah yang kuat membebel.  Aku pasang telingan tapi tidak mendengar langsung butir-butir bebelannya. Kemudiaan, aku terus mencapai tuala dan bergerak menuju ke bilik mandi. Aku tersenyum sendiriaan memikirkan apa yang terjadi sebelum ini.........


p/s: Moral of the story, jangan terlalu banyak tidur petang........ Sampai maghrib tu dah kira kes kronik.. Kalau selalu diamalkan, boleh buat kita jadi gila..... 


oww yeahhhhh~~
Read more...

Penyakit Student....

Ok... Kali ni aku gak mahu lagi berlagak formal.. lets use bahasa pasar je...... Haha.. Beberapa puluh hari je lagi my PSPM akan tiba... Come to papa..! Oh! damn... No.. No..No... I'm not ready yet... Tiap-tiap hari aku cakap aku nak study.. Aku tak dapat apa-apa pun sepanjang aku kat sini. Err.. Tipu la tak dapat apa-apa. Ada la sikit.. Tapi.... thats not enough.. semuanya berlaku secara pantas.. Aku tak tahu apa puncanya.. Aku rasa macam aku sengaja menempah keranda kegagalan. Omputeh cakap, like digging your own grave..... Ya... Pnyakitnya stu aje... MALAS.. Come on dude... Rajin la sikit... Apa kau nak bagi anak bini kau makan nanti? Makan angin? Damn.. Makan angin memerlukan lebih banyak duit dari makan nasi u know?? Nak dapat duit kena ada kerja, nak dapat kerja kena ada kelayakan.. Nak dapat kelayakan kena ada ilmu, nak dapat ilmu wajib belajar........ WAH?? WAJIB?  Yang part lain tu tak ada masalah, bila cakap pasal belajar je.. Haha, satu ayat je yang bermain dalam kepala otak aku... MALAS la~~ Sometime.. susah untuk kita belajar apa yang kita tak minat.. Ok, contohnya.. Bila kita minat kat sorang awek ni, sungguh-sungguh kita akan kejar dia walaupun dia tak minat kat kita... Kalau tak minat, haram.. Lalu depan matapon kita buat derk je~~ Dia senyum kat kita, kita jeling dia tajam... "Apa kau ingat kau cantik sangat nak main senyum-senyum kat aku?".. haha... Biasa la tu.. Hidup ni memang tak adil kalau manusia yang jadi penilainya.... Huh.. dah melalut tah kemana ni... So, konklusinya..... Hidup ni ada dua pilihan je... Kita nak, kita buat and.... InsyaAllah kita akan dapat... Kalau tak nak.. Bercakap memang mudah, nak buat tu susah.. Tapi tak salah mencuba kan?...

Nah layan lirik lagu ni kejap........... Oww yeah!!


Lirik Fikirkan Boleh -  By Sudirman

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH !


Credit to  Lirikami

Read more...