Thursday, 15 September 2011

Tinta Anak Watan

     Lama sudah merdeka mendewasakan kita
Lama sudah darah pejuang tidak menitis duka
Namun anak muda mulai alpha
Yang dewasa pula hanya membutakan mata

Wajah bonda mula berkerut seribu
Wajah ayahnda semakin layu
Mana anaknya yang dahulunya menyusu
Rupanya terkurung di penjara batu

Semangat kian mereput
Semangat itu mula diragut
kenapa kita tidak lagi mahu menuntut
Rupanya kita sedang tunduk melutut.

Apa yang kita takut pada nama-nama itu
Apa yang menutup mulut kita menyelar nama-nama itu
Persoalanya siapa nama-nama itu?
Nama-nama itu rupaya bangsa yang berhati batu.

Merampas tanah kita
Mencabul maruah kita menindas kita
Akhirnya kita jua melutut merayu untuk merdeka
Lupakah kita? ingatlah semula.


Bangkitlah anak muda yang berpelajaran
Bangkitlah juga dewasa yang mengejar duitan
Jangan biarkan bangsa kita ketinggalan
Kerana kita digelar anak watan.

oww yeahhhhh!


Read more...

Thursday, 25 August 2011

Tangisan dan Harapan

    Suatu tangisan tidak akan membawa erti jika ianya untuk seketika.Walaubagaimanapun, sentiasa menangis buat kita nampak lemah.Kadang kala kita akan cuba melenyapkan kesedihan tanpa tangisan.Tidak semua tangisan menandakan kita berada dalam kesedihan. Kadang, tangisan akan tiba dalam hidup apabila kita mengecapi nikmat kesyukuran. Wahai hati yang bergelora bagai taufan melanda lautan, pujuklah diri ini agar laut bergelora itu menjadi tenang bagai tiada alirannya. Sesungguhnya emosi itu datang pada jiwa yang tidak tenang , berkecamuk dan gundah gulana. Alangkah indah jika kita mampu mengawalnya dengan tenang. Sesungguhnya harapan itu ada terselit pada setiap kesulitan dalam rencah kehidupan. Harapan itu bagai mentari yang muncul selepas gerimis yang tiada henti curahannya, purnama muncul dikala malam menjelma, bak gerimis yang mencurah tatkala kemarau berpanjangan. Tangisan itu kepuasan, harapan itu nyawa kedua. Lepaskan tangisan untuk mendapat kepuasan. Bangkitlah dari kegagalan untuk mencari sinar harapan. Terokai dunia selagi jasad masih memeluk nyawa.......
Read more...

My Quote


Read more...

Sunday, 24 July 2011

CINTA BUKAN UNTUK PENDUSTA

       Apa guna sayang kalau diri tak ikhlas, Apa guna ikhlas kalau sayang tak berbalas, Apa guna membalas cinta kalau ia tak dihargai, Apa makna menghargai kalau hati berbelah bagi...

     Apa makna cinta kalau sendinya penyambung dusta, Apa makna dusta? Dusta? Dusta dan dusta? Bodohnya jika kita mencintai pendusta. Diri tertekan jiwa merana. Kadang-kadang manusia lagi keji berbanding binatang. Sedangkan ular yang berlidah dua tidak pernah berdusta, tidak bertelinga tetapi lebih peka. Manusia?? Berlidah satu tetapi pandai membelitkan fakta menjadi dusta, bertelinga dua tetapi tidak suka mendengar perkara yang baik. Wahai manusia yang berhati batu, berkepala besi. Pecahkan kejahilan pada hati batu mu, leburkan keangkuhan pada kepala besi mu.Cari asal usul kita.. Sifat kita bukan pendusta tetapi, kita cenderung mendengar bisikan pendusta, penghasut dan perosak hidup abadi. Bisikan yang mencampakkan kita dari tempat yang tertinggi ke dalam  lembah yang paling hina. Usah lari dari semua itu. kerana disitulah bermula segalanya. Ingatlah, CINTA BUKAN UNTUK PENDUSTA.

Read more...

Terpaksa Ku Terima


             Telah ku luahkan apa yang tersiarat
                                    Telah ku gemburkan apa yang tetimbus padat
                            Telah ku campakkan kenangan yang tersurat
                     Telah ku padam apa yang ku ingat 
                         
                      Tapi hari pertanyaan jua yang ku dapat
               Tapi hari ini kelukaan masih tidak terubat
                      Tapi saat ini keraguan jua topik debat
               Tapi saat ini dendam jua yang tersemat
        
     Tiada pernah kau melihat
                         Tiada pernah kau berhenti memanggilku jahat
                Tiada pernah kau menafi hebat
            Tiada pernah kau hentikannya cepat..


Read more...

Tuesday, 5 April 2011

Seungu Lavander

       The Lavenders (Lavandula) adalah genus dari 39 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga mint, Lamiaceae. An Old World genus, disebar semula dari Macaronesia (Cape Verde dan Kepulauan Canary danMadeira) di seluruh Afrika, Mediterranean, Selatan-Asia Barat, Arabia, Iran Barat dan Tenggara India. Dianggarkan genus berasal di Asia tetapi yang paling pelbagai dalam pengagihan barat.
Genus ini termasuk bermusim, tanaman herba, subshrubs, dan semak belukar kecil. Rentang asli meluas di Kepulauan Canary, Afrika Utara danTimur, Eropah Selatan dan Mediterranean, Arab dan India. Kerana bentukditanamkan ditanam di kebun di seluruh dunia, mereka kadang-kadangditemukan tumbuh liar sebagai pelarian taman, baik di luar liputan alammereka. Namun, kerana lintas lavender-menyerbuki mudah, ada banyakvariasi dalam spesies. Warna bunga dari beberapa bentuk telah datang untuk lavender disebut.
Read more...