Suatu tangisan tidak akan membawa erti jika ianya untuk seketika.Walaubagaimanapun, sentiasa menangis buat kita nampak lemah.Kadang kala kita akan cuba melenyapkan kesedihan tanpa tangisan.Tidak semua tangisan menandakan kita berada dalam kesedihan. Kadang, tangisan akan tiba dalam hidup apabila kita mengecapi nikmat kesyukuran. Wahai hati yang bergelora bagai taufan melanda lautan, pujuklah diri ini agar laut bergelora itu menjadi tenang bagai tiada alirannya. Sesungguhnya emosi itu datang pada jiwa yang tidak tenang , berkecamuk dan gundah gulana. Alangkah indah jika kita mampu mengawalnya dengan tenang. Sesungguhnya harapan itu ada terselit pada setiap kesulitan dalam rencah kehidupan. Harapan itu bagai mentari yang muncul selepas gerimis yang tiada henti curahannya, purnama muncul dikala malam menjelma, bak gerimis yang mencurah tatkala kemarau berpanjangan. Tangisan itu kepuasan, harapan itu nyawa kedua. Lepaskan tangisan untuk mendapat kepuasan. Bangkitlah dari kegagalan untuk mencari sinar harapan. Terokai dunia selagi jasad masih memeluk nyawa.......
No comments:
Post a Comment