CINTA BUKAN UNTUK PENDUSTA
Apa guna sayang kalau diri tak ikhlas, Apa guna ikhlas kalau sayang tak berbalas, Apa guna membalas cinta kalau ia tak dihargai, Apa makna menghargai kalau hati berbelah bagi...
Apa makna cinta kalau sendinya penyambung dusta, Apa makna dusta? Dusta? Dusta dan dusta? Bodohnya jika kita mencintai pendusta. Diri tertekan jiwa merana. Kadang-kadang manusia lagi keji berbanding binatang. Sedangkan ular yang berlidah dua tidak pernah berdusta, tidak bertelinga tetapi lebih peka. Manusia?? Berlidah satu tetapi pandai membelitkan fakta menjadi dusta, bertelinga dua tetapi tidak suka mendengar perkara yang baik. Wahai manusia yang berhati batu, berkepala besi. Pecahkan kejahilan pada hati batu mu, leburkan keangkuhan pada kepala besi mu.Cari asal usul kita.. Sifat kita bukan pendusta tetapi, kita cenderung mendengar bisikan pendusta, penghasut dan perosak hidup abadi. Bisikan yang mencampakkan kita dari tempat yang tertinggi ke dalam lembah yang paling hina. Usah lari dari semua itu. kerana disitulah bermula segalanya. Ingatlah, CINTA BUKAN UNTUK PENDUSTA.
No comments:
Post a Comment