Monday, 1 October 2012

Kisah di sebalik gambar ni!

Ada orang tanya aku! "Der, gambar cikaro mana yang lu pakai buat twitcon tu?"
Okay! dengan segala hormatnya, ini bukan cikaro ye... Sebenarnya ada kisah di sebalik gambar ni...


Kisah apa?

Walaupun aku tahu tak ada orang pun nak tahu pasal cerita ni, tapi if ada orang yang 'TER'baca, boleh la dijadikan pengajaran ye... Kisah ni berlaku pada aku sendiri... Aku terpaksa taip ala-ala ayat skema sikit la nak kasi impak sikit.. Terpulang kepada pembaca nak percaya ataupun tidak(Kalau ada yang baca la)

Dulu masa aku belajar kat matrik, aku memang kaki Facebook.. hampir tiap-tiap hari aku berfacebook, tapi aku ni jenis yang tak suka sangat berinteraksi melalui chating. Memang aku buka facebook, tapi aku selalu offline chat. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada sorang perempuan nia add aku. Bila aku check, langsung tak ada mutual friend dan aku langsung tak kenal siapa dia. Dia privatekan dia punya akaun facebook, so aku tak dapat stalk sangat. Aku cuma dapat tahu basic information je. Biasanya orang yang aku tak kenal, aku tak approve tapi ni kire kes terkecuali. Pasal aku tengok profile pic dia cantik, aku pun approve la.(biasa la..lelaki...haha) Lepas dah jadi friend, baru aku stalk dia punya akaun. Memang aku tak kenal langsung dia ni sape, mula-mula aku syak tu mungkin fake account pasal orang yang cantik ni susah nak add stranger lebih-lebih lagi yang tak berapa hensem macam aku(tibe2 je humble..hehehe). Lepas tu aku buat dono jela... Nak unfriend balik pun malas. Okay, dah habis intro. Next!

Tak lama lepas tu(mungkin seminggu atau lebih), aku selalu terbaca status dia. Memang islamik gila, tak padan engan freehair. Lepas tu ada salah satu status dia aku try nak hentam. Tak silap aku, dia cakap pasal aurat lelaki kut.. Lepas tu aku komen ala-ala nak bagi tarbiah kat dia(padahal aku bukan baik sangat). Yang peliknya, setiap apa yang aku cakap, dia langsung tak terkesan. Siap dia sokong lagi statement aku. Dia tak faham ke yang aku tengah perli dia? aku cakap macam-macam pasal dia. Seingat aku, status dia lebih kurang macam ni la ayatnya.. "lelaki yang tak jaga aurat tak layak dijadikan suami."


Lakon semula.

Aku pun komen macam ni... "kalau perempuan yang tak jaga aurat layak ke dibuat isteri?"

Dia balas...."Memang tak layak, tetapi tugas lelaki kan membimbing perempuan ke arah yang lebih baik.."

Aku terfikir... Apa yang dia cakap tu ada betulnya... Tapi aku tak nak mengalah... aku balas lagi... "Ya, tapi kalau perempuan tu tahu apa yang betul, apa yang salah, dia tak perlu mengharapkan bimbingan sesiapa.. Jangan pandai cakap aje, buatnya tidak.." Hui, pedas betul aku punya komen. Memang sengaja aku nak bagi dia terasa. Cakap pasal aurat, tapi dia sendiri tak tutup aurat. 

Panjang lagi hujah-hujah kami, tapi aku cuba ringkaskan... Perang keyboard masih berterusan. sampailah satu tahap aku sendiri yang sakit hati bila dia asyik mengiakan apa yang aku tulis. Tapi kenapa aku perlu sakit hati? Bukankah aku cuba nak sampaikan benda yang betul. Masa tu aku baru tersedar, sebenarnya niat aku bukanlah hendak menegur, aku cuma nak bajet pandai, aku ego sebab tak nak kalah dengan perempuan. Lama-lama tu aku malas nak layan.. Aku chow acam tu je.. Rasa bersalah tu ada, tapi aku malas nak mintak maaf, salah dia jugak sebab keluarkan statement macam tu.. Apa yang salah?? Betul la apa yang dia tulis tu...   "lelaki yang tak jaga aurat tak layak dijadikan suami."

Kepala aku dah jadi kusut... Kenaplah aku anti sangat dengan perempuan freehair sampai apa saja yang diorang cakap pasal agama aku tak boleh terima padahal benda tu betul.. Aku teringat ayat yang selalu orang guna.. "nobody perfect". Disebabkan ayat tu aku jadi berani tegur perempuan tu melalui chat, niat aku cuma nak mintak maaf.. Tu je...(yeke? macam tak percaya je..). Mula-mula takut jugak kena maki pasal aku dah 'bahan' dia teruk-teruk dekat wall dia sendiri.

Tapi..... Apa yang aku fikir, tak sama dengan apa yang jadi... Dalam masa aku chat dengan dia, dia layan aku dengan baik sekali.. Aku tegur di "Hi.." Dia siap jawab dengan "Assalamualaikum..." Aku pulak yang segan... Aduh! dah jawab salam tu baru la aku cakap kat dia yang aku mintak maaf.. Lepas tu dia persoalkan kenapa aku mintak maaf? Mula-mula aku ingatkan dia sengaja buat-buat tak tahu.. Lama-kelamaan baru aku tahu yang dia tu memang tak faham kenapa aku mintak maaf..

Terpaksa aku jelaskan kenapa, sebab apa, macam mana.. Lasat-last dia gelak "Hahahaha..."... Dia cakap aku ni lucu... Berkerut-kerut kening aku masa tu.. Perempuan ni betul ke tak? Masa tu sakitnnya hati aku tuhan saja yang tahu. Lepas tu baru la dia cakap yang dia berterima kasih dengan aku sebab aku dah ajar dia sesuatu hari ni... Uh, bertambah bingung aku jadinya..Dia ni dah kenapa? sedang aku chatting dengan dia, aku cek balik profile dia, aku usyar gambar-gambar dia. Masa tu la baru aku tahu yang account dia yang aku syak sebagai fake tu sebenarnya asli. Ada je kawan-kawan yang tag gambar dia. Lepas tu aku terkejut bila aku terbaca info race dia. Dia ni bukan melayu dan bukan islam.Dia asal dari sabah tapi tinggal kat semenanjung. Seriusly, muka dia memang muka melayu.

Lepas tu lagi la aku bengang bila dapat tahu yang dia ni bukan islam, tapi berani bercakap pasal Islam. Tipi tiba-tiba aku terfikir, apabila orang bukan islam tahu pasal hukum dalam islam, itu bukanlah satu ancaman. Buat apa aku nak marah? Kalau aku marah, mungkin dia akan labelkan aku ni rasis ataupun narrow mind.. So, aku fikir balik sebelum bertindak... Nevermind, dia mungkin berminat pasal Islam.

Lepas tu aku cakap elok-elok..

And finally..............................


Ceritanya terhenti disitu. Beberapa hari selepas tu, dia diactivate account FB dia. Mula2 aku ingat dia block aku, tapi aku buka pakai akaun kawan aku, memang nama tu tak wujud lagi. Sah, dia diactivate.


Kadang aku kesian, setiap status baik dia buat mesti orang bash, salah ke nak jadi baik?

senang cerita. kalau kita tak kenal orang, apa hak kita nak nilai dia? Soal ikhlas atau tak.

TU hal dia dengan ALLAH!

I will miss you miss Bella Luna.

Jodoh kita tak panjang.


No comments:

Post a Comment