Apa itu Autisma?
Autisma adalah ganguan otak yang memberi kesan kepada percakapan, interaksi sosial dan tingkah laku seseorang. Pengidap Autisma akan merasai dunia yang berlainan daripada orang lain. Senyuman, sentuhan yang lembut atau isyarat mesra tidak memberi apa-apa makna kepada orang yang autistik. Simptom-simpton penyakit ini adalah termasuk percakapan dan tingkah laku yang sering diulang-ulang, suka mengepak-ngepakkan tangan, suka menyusun barang-barang permainan dalam satu barisan, suku menyusun sesuatu benda secara bertingkat-tingkat, meminta makanan yang sama setiap hari, pakai pakaiaan yang sama setiap hari, sibuk menghadap rancangan televisyen yang sama setiap hari ataupun bermain permainan yang sama sehingga sampai satu peringkat pengidap akan mendapat kecederaan yang sama seperti gigitan pada tangan.
Puncanya?
Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Secara fizikalnya, agak susah untuk mengenal pasti penyakit ini kerana ia lebih kepada masalah psikologi.
Siapa yang biasa mengidap penyakit ini?
Autisma biasanya dikesan daripada usia kanak-kanak dan kadang-kadang ianya akan berlanjutan sehingga pengidap penyakit ini .
Autisma boleh dikatakan sebagai penyakit yang unik kerana ianya jarang berlaku. Kebarangkalian untuk berlakunya Autisma adalah 1 daripada 150 kanak-kanak.
Kesan Autisma?
Biasanya seseorang yang autistik akan kurang keupayaan untuk membaca namun tidak semua menerima kesan ini. Orang yang autistik kebanyakannya memiliki kebolehan yang jarang dimiliki oleh orang biasa seperti mampu menyelesaikan sesuatu masalah secara logik, dapat menyelesaikan masalah matematik. Mereka susah untuk belajar secara hafalan dan pembacaan. Mereka lebih mudah mempelajari seusatu secara visual. Contohnya, apabila kita menunjukkan perkataan 'AYAM' kepada pesakit autisma(kanak-kanak), mereka mempunyai kesukaran untuk mentafsirkan apa perkataan tersebut. Cuba kita menunjukkan gambar ayam, mereka akan lebih mudah untuk faham.

Kesimpulannya, penyakit ini adalah unik dan misteri.... apa yang menarik lagi.. Penyakit ini membuatkan seseorang itu hilang perasaan takut kepada bahaya, suka bersendirian, tidak memberi respon terhadap kesakitan, tidak tahu untuk meluahkan perasaan sayang, suka bermain dengan objek yang tidak sesuai untuk dijadikan barang permainan, suka mengajuk-ajuk percakapan orang lain, suka memutarkan barang-barang, sukar untuk berjalan secara normal, mempunyai masalah dalam komunikasi kerana tidak memahami perasaan orang lain. Pelik kan?haha.. Ini mengingatkan aku pada watak L dalam filem Death Note. Yeah! my favorite Movie..........
Ok... Cukup info untuk hari ini......
Credit to:
KPLI, Just English Magazine and
Autism Optimism..
No comments:
Post a Comment