Masihkah kau ingat? Siapa yang lahir tahun 1990an untunglah sebab sempat merasai semua permainan ni. Kalau tanya budak zaman sekarang apa permainan paling best pernah diorang main? Jawapannya mesti game PC or PS dan permainan maya yang lain. Hoho! Bosan. Ruginya diorang sebab tak sempat bermain dengan kawan-kawan dalam dunia yang nyata. Rugi..rugi...rugi....! Okay, layan gambar-gambar ni. Anda pasti tersenyum jika teringat kembali kisah zaman kanak-kanak anda bermain benda ni semua.
Biasa bulan puasa benda ni banyak
Dam ular. Selalu main dalam kelas. Cikgu masuk, sorok dalam meja
Ni budak perempuan suka main. Dulu barbie takde lagi kot. (kaang-kadang aku pun main jugak)
Kapal terbang polistrin.
Gasing kayu.
Waa! yang ni rare. Agak-agak sekarang ada lagi ke?
Kereta Dash yang terkenal pada tahun 90an. Kegilaan kanak-kanak masa tu.
Budak-budak sekarang tahu ke main guli tuju ni?
Haha.. Game ni sangat best. Walaupun gambar tak full HD tapi tetap boleh enjoy.
Apa nama game ni eh? Ada orang panggil konda kondi. Aku panglil bola slipar.
Sapa yang tak pernah main getah? Rugi la.. Last aku main lepas UPSR dulu.
Maybe bena ni ada lagi sekarang. Permainan ni memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Pistol air. Kalau nak kenakan member-member boleh la ni. Haha
Apa nama benda ni? Ni kira macam bela dgital pet la. Last aku main, benda ni masuk dalam mesin basuh. Mati pet aku. Kesian
My favret!haha
Pistol peluru kertas. Bunyi dia mcam kentut dalam air. Tak seram langsung.
Yang kenal tu baguslah. Nama diberi Masako Mizutani.Sapa dia ni? Dia adalah seorang bekas model Jepun yang terkenal. Bekas or Masih model tu aku tak berapa pasti. Dia terkenal bukan kerana bakatnya dalam bidang yang diceburinya.
Habis tu apa?
Sabar.. sabar... Percaya atau tidak, dia dilahirkan pada tahun 1968.
Oh... So? Wait...wait..wait! 1968?? That means umur dia sekarang (kira..............) 44 tahun?? Wadafak!!
Yeah! Betul. Minah ni mempunyai dua orang anak yang berusia sekitar dua puluh tahun. Sumpah hot!
Ni tips-tips yang beliau kongsikan.
1.senaman yang kerap 2.tidur yang cukup 3.tidak merokok 4.Makanseimbang,4 kaliseharidenganhidangan kecil 5.Minumair yang banyak,keranaair minumanboleh membantumembuangtoksin dalam tubuh manusia. 6.Menggunakanmake-upadalahlebihringan,selarasdenganpertumbuhanumur 7.Vitaminberasaskankrim ataulosyenEuntuk menjagakulitlicin 8.Gunakanpelindung cahaya matahariapabiladi luar 9.Melaksanakanpenyelenggaraanpada kulitsebelumtidur.
Haha.. Biasa la tu!
Tapi mungkin Tips dari Datuk Syarifah Aini lagi berkesan kot... Rajin ambil wuduk. Yelah tu kak, ambik wuduk. Bukan suntik BOT....?? Ops!! Bukan fitnah, tanya je,,, hahaha
Huh! Sekarang masanya untuk berjimat... Duit aku tinggal 100 lagi untuk bertahan selama sebulan kat sini. Semua bajet ni aku perlu Belanjakan untuk makan sahaja. 100 untuk sebulan? bunyi macam mustahil. Tak la!...
Okay.. Ni bajet aku!
Roti Bilis: 80sen x 30hari= RM27 (makanan tengahari)
Makan sama tiap-tiap hari? Wadafak????
"Sesungguhnya sebuku roti itu lebih baik daripada segudang ayam KFC jika kita tahu bersyukur...."
Seterusnya...
*Maggi RM4.70(harga sepeket besar 5pcs) x 3 = RM14.10
*Mi Sedaap RM3.90(harga sepeket besar 5pcs) x 3=RM11.70
(harga dalam Kolej ni)
*makan malam
Total semua RM52.80
Jimat kan?
Baki RM47.20 lagi nak buat apa?
Nice... Soalan yang bagus!
Err.. Aku perlu simpan jugak untuk makan nasi. Aku ada gastrik. Kalau penyakit tu datang, nak tak nak kena makan nasi jugak.
Percaya tak?
Trust me! Aku pernah buat dulu. Alhamdulillah, RM100 tu boleh buat aku survive sebulan untuk masa susah! Bila senang, RM100 tu tak sampai sejam boleh habis.
Wait...wait..wait...??
Kenapa tak mintak dengan Mak Bapak je?
Okay.. Ceritanya mudah saja... Abah aku dah meninggal dunia, Umi aku pulak tak berkerja cuma kadang-kadang ambik upah jahit baju orang. Purata pendapatan keluarga aku anggarkan RM1000 ringgit termasuk duit pencen arwah abah aku Lbih kurang RM800. Tu untuk tanggung dua anak yang masih belajar. Agak-agak cukup tak? Kalau 10 tahun lepas aku rasa tu lebih dari cukup, tapi sekarang.... Malas nak cakap lah! Tapi alhamdulillah! Sebab aku biasa hidup susah, tak susah bagi aku untuk terima kesusahan!
So, bagi orang yang banyak duit tu., hargailah setiap ringgit yang anda miliki. Sebab ramai lagi manusia kat luar sana yang lebih memerlukan duit! Bila senang, kita akan kenal diri kita yang sebenar(tak bersyukur) tapi kita akan lupa orang lain. Keep my word and just trust it!
YES! akhirnya Nokia buat aku teringin nak melabur lagi. Tahun 2012 ni persaingan makin hebat antara pengeluar-pengeluar jenama telefon bimbit. Aku adalah peminat Nokia. Seumur hidup aku, aku tak pernah pakai jenama lain cuma kebelkangan ni Nokia agak slow sikit. Kegilaan sekarag lebih tertumpu kepada telefon pntar macam i-phone, Galaxy, Android, BlackBerry. Hah! Tak minat semua tu. Nak Nokia jugak.(Padahal tak mampu). Aku rasa model terbaru Nokia ni mampu bersaing.
Okay, Memperkenalkan. New Nokia Lumia 900. HAH??? OMG!
Aku harap ada orang sudi hadiahkan aku benda ni... Amin... Setakat pengang pun dah cukup untuk buat aku bahagia..Haha.. Oww yeah!
RepublikKiribati,adalahsebuah negara kepulauanyangterletak diLautan Pasifik tropikapusat.Penduduktetaphanya lebih100,000dannegara kepulauan initerdiri daripada33kepulauandantersebarlebih 3.5juta kilometerpersegidan bersempadan dengan garisanTarikhAntarabangsa dititikpaling timur. Diiktiraf sebagai Top 6 Kepulauan paling cantik untuk dilawati.
Apa yang menarik lagi.. Pembentukan pulau ni agak unik dan menakjubkan...
Inilah yang dinamakan pulau yang tenggelam....
satu lagi, pulau ini dikelilingi laut dan didalamnya juga ada laut!
Ehem... This is declaration... Amirul Rasyid Roslan now alraedy have a twitter! Gve a big clap and combo slap. Haha. Ok.. This is my first.
Haha.. untuk budak baru yang boleh diketogerikan sebagai agak 'nooooobiee' di twitter ni berharap twitter tempat terbaru untuk aku cari bahan untuk...(Tak boleh cakap)..
Oh? Ahmad ARasy?? Stail gak nama tu... Bolh guna sebagai nama pena aku bila novel pertama aku dah publish nanti...
Jap2... Kau buat novel Mirul?
Yelah, ada masalah ke?
Tak ada la.. Bunyi macam lawak...
Lawak tak lawak, tak salah mencuba kan? Hahaha,,,
Okay... berbalik kepada cerita asal. Aku ni budak baru.. Baru berjinak-jinak dengan penulisan kreatif... Aku perlukan lebih banyak sumber inspirasi sebagai penggerak nadi keinginan aku..
WoW.... Ok, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis novel bolehlah cuba hantar karya korang kat KakiNovel. Aku pun nak try.. Kaki Novel ni boleh dikatakan salah satu Publisher yang tersohor jugak la.. So, Boleh la cuba..
Bercakap soal keperimanusiaan, memang susah nak dijelaskan sebab bukan semua orang ada sifat ni. Bagi aku, sifat keperimanusiaan ni adalah kombinasi antara tolak ansur, belas kasihan, kejujuran dan tidak pentingkan diri sendiri. Yes! tu nilai-nilai murni yang patut diterapkan dalam diri kita. Gambar ni sedikit sebanyak berjaya buat aku tersenum bangga.
Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya
Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi
Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia
Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna
Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia
Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu *
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju
Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia
Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia
Apa yang lawaknya?
Ok... First sekali.. ni adalah lirik lagu Panik yang dipopularkan oleh Bunkface..
So what?
Lek lu... Biar gua habis dulu... Tahu tak pasal isu lagu ni kena banned kat RTM dan radio? Tak tahu?? Banyakkan membaca..haha.. Macam ni lagu ni kena banned sebab..... Dalam lirik lagu ni ada perkataan "REFORMASI".
Errr... sebab tu je ke?
Yes! tu je sebabnya...
Kenapa tak leh guna perkataan "REFORMASI" pulak?
Hehe... kononya lirik lagu ni ada kaitan dengan slogan "REFORMASI" yang dibawa oleh parti pembangkang?? Haha... Politik lagi.... Boring....
Apa kata Bunkface??
“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.
“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,”
Hahaha...Lawak la.. Pasal lirik lagu pun nak kecoh... Puih!
Ailurophobia, dalam bahasa mudah Fobia kepada kucing. Why? Like seriously? Kucing yang comel tu pun nak takut? Come on.......
Tunggu!!
Kita tak boleh salahkan orang yang Fobia kepada kucing ni. Sebenarnya Ailurophobia ni boleh diketegorikan sebagai penyakit. Mungkin juga datang dari pengalaman, sebab asasnya juga berasal dari perkataan 'Fobia'.
Aku ada kawan, yang mulanya takut sangat2 dengan kucing. Aku mengaku, aku ni nakal sikit. Aku pernah usik dia sampai dia menangis, teruk sangat fobia dia ni sampai dia sendiri malu. Aku tanya dia, pernah ada pengalaman buruk dengan kucing ke? And then dia cerita, dulu masa kecik2 dia pernah cuba leraikan kucing yang tengah bergaduh. Nak dipendekkan cerita, dia kena cakar, dan dia buktikan siap tunjuk parut lagi. Dalam juga parut tu, patutlah sampai sekarang fobia lagi. Tapi aku tahulah, dia bukan dilahirkan dengan fobia tu, fobia tu datang dari pengalaman. Aku pon owwwww~~ (patutlah takut sangat)
Aku ni sebagai kawan, aku rasa nak tolong dia. Tapi rasa macam tak boleh rawat je penyakit dia ni. Bayangkan, time tu aku makan semeja dengan dia, lepas tu dia ternampak kucing. Kucing jauh gilaaaaaa ada la dalam jarak 50 Meter, tu pon dia dah angkat kaki naik.
Alamak, terok gila penyakit si dia ni. Then aku fikir, kesian la pulak. Dah la dalam dunia ni pergi mana2 memang ada kucing. Aku tawarkan diri nak try rawat dia, tak dapat sembuh pun dapat kurangkan fobia tu pon dah okay. Belum sempat aku habiskan ayat, dia dang geleng2 laju.. Tak nak! Oi, aku kasi treatment free pon tak nak ke? Mak aih.. berlagak betul minah ni.
Then, aku fikir balik, dah dia betul2 takut nak buat macam mana. So, aku slowtalk dengan dia. Approach dia dengan ayat paling manis dan lembut sampai dia jatuh dengan janji2 manis aku( Muahahahahahahahaaaa) persuading skill aku tak pernah menghampakan (berlagak). hahaha
Okay, lepas tu aku perlukan method untuk mulakan sesi rawatan tak professional aku. Aku punya pesungguh sampai aku sanggup baca buku psikologi yang tebal tu, aku baca bab macam mana nak hilangkan fobia. Ok, aku ikutlah buku tu, dia tulis kena ubah mind set si fobia itu.
Mula2, aku tunjuk kat si minah ni video comel dan aksi2 lucu kucing. And you know what?? Dia jeling sambil buat muka konon-konon jiji.. Aku pulak syok sendiri, gelak sorang2. Hampeh betul.
Huh, ok. Method pertama gagal. So, aku cuba pendekatan yang ain. Time outing, aku ajak dia keluar sekali. Aku bawa dia masuk kedai patung. Sebab aku tahu, kat situ ada patung kucing. Aku ambik patung kucing tu, try acah2 nak usik dia, dia tepis je. Tak takut pulak. Mungkin sebab dia dah tahu tu patung je.
huh... (keluhan berat)
Lepas tu, aku guna cara yang ekstream sikit, aku guna kucing betul. Tapi anak jela, aku jumpa kat cafe. Ya ampunn!! Comel kot. Baru lahir rasanya. Haaa, barulah si minah ni takut. Nak menangis dia bila aku tunjuk kucing tu, siap sepak2 aku lagi. Merayuu cakap tak nak, takde. Kali ni aku betul2 nekad, kalau bukan sekarang bila lagi. Aku tak nak penyakit dia ni terbawa sampai ke tua. Hampir sejam jugak la aku cuba nak kasi dia sentuh anak kucing tu, sampai tertidur kucing tu. Lama2, aku cabar dia. Kalau kau boleh sentuh selama seminit, aku belanja kau makan seminggu. Dia rasa tercabar, tapi takut dia tu tak hilang. Pastu mungkin la, dia kesian kat aku kot sebab tengok macam aku dah penat dia pun try la. Guess what?? Dia sentuh betol. Adoiii.. Pokai akuuu. Lepas tu aku ajar dia belai. Lama2 sampai dia boleh pegang kucing tu. Tapi nampak la muka dia takut2 lagi. So, aku tak paksa. Cukuplah tu..
And the results... dia punya fobia dah perjaya dikuragkan. Alhamdulillah. Dia memang tak boleh pegang kucing, tapi perkembangan positif yang aku nampak, dia dah tak angkat kaki bila kucing ada dekat, kalau dekat sangat baru dia angkat. Hahahaha. (tak sembuh sepenuhnya, tapi better than never)
Dia terima kasih la kat aku walaupun sebelum ni dia maki2 aku. Aku ambil dia punya ayat, "Mirul, kau lah kawan setan yag paling baik pernah aku kenal"... Hahah. aku ingat ayat tu sampai sekarang.
My conclussion; Ailurophobia is all about mindset. Fobianye boleh dirawat( dengan penuh rasa sabar ) hahaha. LOL. Awww yeahh.
Cerita ni agak hambar, tapi sebenarnya menarik bagi aku.
Nah, tengok lah, apa yang fobia sangat pasal si cmel ni entah. Aku pun tak faham.
Lelaki takut kucing pon ada? Ni ha. Serius lawak... kah3