Saturday, 15 December 2012

Cinta Yang Kutinggal Mati (BAB 2)

BAB 2



Ardela Sofea kelihatan kaku duduk menghadap Profesor Mariam Mustafa. Raut wajah Profesor Mariam Mustafa membengis. Beliau merasakan ketegasannya selama ini tercabar dengan sikap Ardela Sofea. Tidak disangkanya pelajar cemerlang yang selalu mendapat anugerah dekan seperti Ardela Sofea akan memembuat masalah.
            “Sofea, apa dah jadi dengan assignment awak ni?” Tegas Profesor Mariam bertanya.
            Assignment yang diberi tarikh akhir hari ini kelihatan tidak kemas dan menyakitkan penglihatan. Koyak rabak dan berconteng! Pensyarah mana yang tidak akan marah apabila tugasan yang diberikan tidak dihantar dalam keaadaan tidak sempurna.
            “Sebenarnya Prof, tadi saya kemalangan sikit.....” Ardela Sofea cuba menerangkan situasi sebenar.
            “ Sudahlah Sofea! Saya memang malas nak dengar alasan awak sebenarnya. Apa yang awak hantar dekat saya ni sebenarnya sampah... Dengan cover depan tak ada, conteng sini, conteng sana. Apa nak jadi dengan awak ni....?” Profesor Mariam Mustafa mencelah sebelum sempat Ardela Sofea member penjelasan.
            Sesungguhnya Profesor Mariam Mustafa memang tidak gemar dengan alasan. Dia lebih suka bersikap tegas dalam kata-katanya. Jika dia kata A, maka A lah jawapannya. Kalau dia kata hantar hari ini, hari inilah WAJIB dihantar. Mungkin ketegasan itulah yang membuatkan wanita itu digelar anak dara tua.Tiada lelaki yang berani mendekatinya. Dia tahu Ardela Sofea memang menghantar tepat pada masanya, akan tetapi tugasan yang dihantar itu tidak menepati apa yang diharapkannya.
            “Prof.. dengar dulu penjelasan saya....”
            “Saya tak nak dengar apa-apa.. Awak jangan ingat awak pelajar cemerlang awak boleh buat sesuka hati awak sahaja. Saya tak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar tetapi saya bagi awak satu lagi peluang.... Awak kena hantar assignment ni sebelum pukul 8 pagi esok..” Profesor Mariam Mustafa menawarkan peluang terakhir kepada Ardela Sofea.
            “Tapi prof.......”
            “Tak ada tapi-tapi lagi. Ingat! Sebelum pukul 8 pagi, saya nak assignment awak ada atas meja saya. Kalau tak ada, saya tanpa segan silu akan memotong markah PB awak. Faham!” Tegas Profesor Mariam.
            “Baik Prof.....” Ardela Sofea akur walaupun perkara itu sukar untuk diterima. Nada suaranya seolah-olah hampa.
            “Kalau macam tu, awak boleh keluar sekarang.....”
            “Terima kasih prof....” Ardela Sofea mencapai assignmentnya yang rosak itu seraya mengangkat punggungnya bangun dan terus mengatur langkah untuk keluar. Langkahnya longlai dan rapuh. Hatinya berkecamuk sekali. Kecewa bercampur geram!
            Apabila sampai di muka pintu, Ardela Sofea membuka pintu dan mengomelkan sesuatu kepada dirinya sendiri. Apa yang berlaku kepada dirinya hari ini memanglah malang sekali. Ardela Sofea menganggap Rizki Ikbal lah yang membawa malang itu! Dia berharap agar lelaki itu tidak muncul lagi dalam kehidupannya.
            “Tak guna punya mamat buaya. Kau dah rosakkan hidup aku untuk hari ini!”
            “Apa awak cakap Sofea?” Tanya Profesor Mariam Mustafa yang mendengar ngomelan Ardela Sofea walaupun beliau tidak memahami butir-butir perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia menyangka kata-kata yang keluar dari mulut Ardela Sofea itu sbagai kata-kata protes.
            “Eh.. tak ada apa-apa prof.. Pintu ni susah pulak nak dibuka...” Bohong Ardela Sofea sambil tersenyum nipis. Pantas dia keluar dan menutup semula pintu pejabat itu. Profesor Mariam tersenyum kelat sambil menggelengkan kepalanya. Pening dengan sikap pelajarnya ini. Pintar tetapi suka buat masalah!
            Setelah keluar dari bilik pejabat, perlahan dia menutup semula pintu. Takut juga kalau pintu itu terhempas kuat. Nanti Profesor Mariam Mustafa tersalah anggap.  Ardela Sofea disambut dengan pertanyaan daripada Fasha yang sudah menanti di luar bilik pejabat.
            “Macam mana Fea?” Fasha bertanya.
            “Negatif... Usul ditolak...” Ardela Sofea sempat bersenda walaupun dilanda kekecewaan. Begitulah sikap sebenar Ardela Sofea. Bijak menyembunyikan kekecewaannya.
            “So....?” Fasha bertanya lagi.
            “So sad.......” Jawapan Ardela Sofea jelas tidak seserius pertanyaan dari Fasha. Dia mencebik.
            “Eh kau ni Fea, aku tanya betul-betul kau buat lawak bodoh pulak kat sini..” Tegas Fasha.
            “Ha ha ha... Jangan la marah sayang. Tak comel la!. Prof bagi masa sampai esok pagi...” Sempat lagi Ardela Sofea menyelitkan usikan dalam jawapannya.
            “Ah.. gelilah aku kau panggil aku sayang-sayang segala. Okay la tu.. Sekurang-kurangnya kau ada masa lagi nak siapkan assignment tu kan..?” Fasha memberi pendapat.
            “Yela... Tapi masalahnya sekarang ni........” Ardela Sofea cuba bermain teka-teki dengan Fasha Dia membiarkan kata-katanya tergantung disitu.
            “Masalah apa pulak?”... Fasha bertanya penuh hairan.
            “Aku simpan semua kerja tu dalam laptop. Lupa nak copy dalam pendrive aku.....”
            “So....?” Fasha melanjutkan pertanyaannya.
            “So bad...” Dia tergelak kecil apabila melihat perubahan raut wajah Fasha yang jelas kelihatan maah dengan perlakuan tidak seriusnya.
            “Kau ni kan........” Fasha kelihatan marah dengan sikap main-main Ardela Sofea.
            “Ala... Gurau jelah. Kan laptop aku dah format semalam. Masalah sekarang ni, aku kena taip balik semua muka surat yang koyak dan kena conteng dengan mamat buaya tu!”
            “Oh... berapa helai yang rosak?” Fasha bertanya lagi.
            “11 helai termasuk frontpage yang hilang tu... Macam manalah boleh hilang agaknya...”
            “Eh, tak la banyak sangat tu....” Fasha menyuarakan pendapatnya.
            “Ha, memang la aku tak ada kerja lain nak buat malam ni kan?” Ardela Sofea membalas dengan kiasan songsang. –yang membawa maksud yang bertentangan dengan ayat sebenar.
            Mereka berdua kelihatan berjalan menuruni tangga  bangunan pejabat pentadbiran. Berbual-bual sambil berjalan. Bangunan itu kelihatan sunyi. Hanya kelihatan kelibat beberapa pelajar dan pensyarah yang lalu lalang disitu. Waktu begini memang kuliah masih berjalan dan secara kebetulan jadual Fasha dan Ardela Sofea sama-sama kosong. Walaupun mereka mengambil kursus yang berbeza, mereka kelihatan sangat rapat.
 Keakraban ini bermula ketika semester satu lagi ketika mereka menginap di bilik asrama yang sama dan sehingga kini, mereka masih bersama menginap di rumah sewa yang tidak jauh dari kolej. Gelak tawa mereka yang bergema memecah kesunyian bangunan pentadbiran itu. Ardela Sofea masih mampu lagi tertawa sedangkan ini merupakan salah satu hari yang malang dalam hidupnya. Itulah kelebihan yang dimiliki gadis manis yang berasal dari Melaka ini. Tenang dalam kekusutan!
Selepas selesai urusan mereka sama-sama pulang kerumah. Mereka menyewa di sebuah rumah apartment di luar kolej. Oleh kerana rumah itu kecil dan sempit, mereka hanya menyewa berdua sahaja. Dari sinilah mereka belajar berdikari. Ardela Sofea mempunyai kelebihan untuk memasak dan Fasha pula pandai mengemas rumah. Bakat semulajadi itulah dikongsi bersama sebagai teman sebilik.

Read more...

Cinta Yang Kutinggal Mati (BAB 1)

Rizki Ikbal melangkah keluar dari Butik Reena setelah kehilangan mood untuk membeli pakaiaan setelah mendengar kata-kata pembantunya, Rafi. Sungguh sakit sekali hatinya apabila mengetahui pembantu peribadi yang dipercayainya itu seolah-olah membelakangkannya dalam membuat sesuatu. Mukanya yang tampan kelihatan sedikit membengis. Rafi mengikut sahaja langkah Rizki Ikbal tanpa berani membantah. Faham benar dengan keaadaan majikannya itu jika berada dalam keadaan marah.
            “Kan aku dah pesan dekat kau, jangan berurusan dengan diorang. Kau kan tahu aku tak suka dengan wartawan-wartawan majalah tu. Suka buat cerita yang mengarut..” Marah Rizki Ikbal terserlah walaupun suaranya masih lagi terkawal. Dia bukannya suka menengking walaupun sikapnya agak tegas.
            “Maaf encik Riz, saya terlupa...” Rafi tetunduk ketika berbicara menyedari kesilapannya membuat pertemuan dengan wartawan dari majalah MASKULIN tanpa pengetahuan bosnya itu.
            “Lupa..lupa..lupa.. Tu je alasan kau tahu buat!” Rizki Ikbal merengus kuat menzahirkan amarahnya.
            “Maaf.. Tapi saya tak cakap apa-apa pun dengan diorang.. Diaorang Cuma tanya perkembangan terbaru encik Riz je..” Kata Rafi sekadar untuk membela diri.
            “Masalahnya sekarang ni, aku tak suka kau berurusan dengan diorang, kau faham tak!” Rizki Ikbal menghentikan langkahnya kemudian merenung tanjam ke wajah Rafi. Renungan itu membuatkan Rafi menelan liur. Dalam masa yang sama, Rizki Ikbal terimbau kembali kisah yang mengejutkannya  suatu ketika dahulu. Ketika itu salah seorang wartawan dari majalah MASKULIN telah menjaja cerita konon-kononya Rizki Ikbal merupakan ‘anak ikan’ kepada seorang datin. Kecoh satu dunia hiburan tanah air ketika itu. Akhirnya cerita itu berahkhir apabila datin yang disangka mempunyai skandal dengan Rizki Ikbal itu adalah ibu Rizki Ikbal sendiri. Disebabkan fitnah itu, Rizki Ikbal telah menfailkan saman malu ke atas syarikat penerbitan yang terlibat dengan penyebaran cerita palsu itu dan akhirnya kes saman itu berpihak kepadanya. Walaupun namanya sudah dibersihkan, namun perkara itu ternyata masih didendami oleh Rizki Ikbal kerana telah menjejaska reputasinya sebagai seorang artis dalam bidang lakonan.
            Kelihatan dua orang gadis sedang berjalan bertentangan arah dengan Rizki Ikbal. Rizki Ikbal tidak menyedari dua orang gadis itu berjalan menuju ke arahnya kerana ketika itu dia terlalu asyik mengomelkan sesuatu kepada Rafi.
            “Cepatlah Sha, aku dah lambat ni... Kan aku dah cakap tadi, bagi aku hantar Assignment ni dulu baru kita datang sini..” Ardela Sofea mencebik. Langkahnya semakin laju.
“Yelah..Yelah...” Fasha menurut sahaja tanpa membantah.
            Serentak Rizki Ikbal dan Ardela Sofea berpaling ke hadapan, tubuh mereka sudah bertembung. Secara tidak sengaja, kedua-dua belah tangan Rizki Ikbal sudah berada di bahagian dada Ardela Sofea. Pantas Rizki Ikbal mengalihkan tangannya lantas menyembunyikan kedua-dua belah tangannya di belakang pinggang. Berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku. Mukanya merah menahan malu. Berbeza pula dengan Ardela Sofea muka gadis itu kelihatan merah menahan amarah.
“Kenapa buat muka terkejut macam tu?” Rizki Ikbal membuat muka tidak  bersalah. “Oh... I tahu... You mesti nak autograph I kan?...” Sambungnya lagi sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Tidak semena-mena Rizki Ikbal mengambil salah satu buku yang ada ditangan Ardela Sofea. Tidak pula Ardela Sofea membantah. Riak wajahnya seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan sikap Rizki Ikbal yang enggan memohon maaf walaupun memang terang-terang itu adalah salah lelaki itu.
You ada pen tak?” Pinta Rizki Ikbal sambil memandang tepat ke wajah Ardela Sofea. Riak wajah Riki Ikbal dilihat menjengkelkan pada pandangan Ardela Sofea .
            Ardela Sofea hanya terdiam sambil riak wajahnya masih kelihatan bengis. Fasha yang berada di sebelah Sofea tercari-cari sesuatu dalam beg sandangnya. Rafi hanya terdiam walaupun dia nampak apa yang berlaku sebentar tadi. Fasha pula langsung tidak nampak apa yang berlaku semasa pertembungan yang tidak disengajakan itu.
“Nah.....” Fasha secara spontan menghulurkan sebatang pen hitam yang baru sahaja dikeluarkan dari beg sandangnya kepada  Rizki Ikbal. Rizki Ikbal hanya tersenyum.
            Ketika  Rizki Ikbal hendak mencapai pen yang ada ditangan Fasha, secara pantas tangan Ardela Sofea memegang tangan Fasha tanda menghalang. Fasha berkalih memandang Ardela Sofea. Ternyata renungan menakutkan Ardela Sofea itu mampu membuatkan singa jantan tertunduk menyembunyikan taring. Garang!
“Ha ha ha.. Tak apa Cik... Fa..sha Fazura, pembantu saya ada pen..” Lambat-lambat Rizki Ikbal menyebut nama gadis itu seperti sendang mengeja..  “Rafi, bagi aku pen...” Sambungnya lagi sambil menghulurkan tangan tanda meminta ke arah Rafi yang berada sedikit kebelakang.
            “Eh, macam mana awak tahu nama saya?” Fasha bertanya penuh teruja.
            “Ha ha ha... Cik Fasha, saya pun pernah belajar jugak tapi.... Tak adalah sampai nak pakai matrix card sampai ke shopping complex...” Perli Rizki Ikbal sambil memandang kad matrik yang tergantung di leher Fasha.
            Merah padam muka Fasha menahan malu. Entah bagaimana dia boleh terlupa untuk menaggalkan kad matrik sebelum melangkah keluar dari kampus sebentar tadi. Dia tergesa-gesa hendak keluar dari kampus sebentar tadi sampai terlupa untuk menaggalaknnya. Sangat memalukan apabila ditegur sedemikiaan oleh pelakon popular –Rizki Ikbal
            “Rafi... cepatlah.. Bagi pen... Aku tak nak buat peminat aku ni menunggu lama..” Rizki Ikbal memandang wajah Ardela Sofea sekadar mengejek. Dia tahu gadis itu masih marah akibat dia tidak memohon maaf atas kemalangan ‘ngeri’ sebentar tadi. Egonnya terlalu tinggi untuk memohon maaf.
            Rafi yang terpaku di belakang Rizki Ikbal  menapak beberapa langkah ke hadapan untuk menghulurkan sebatang pen berjenama kepada Rizki Ikbal. Selepas menerima pen itu, Rizki Ikbal terus menurunkan autograph di atas salah satu helaian mukasurat buku yang ada ditangannya. Terbeliak mata Ardela Sofea apabila mendapati buku yang berada ditangan Rizki Ikbal itu adalah assignment yang perlu dihantar sebelum pukul 4 petang hari ini.
            Menyedari reaksi Ardela Sofea, Rizki Ikbal terus tersenyum sambil bertanya.
            “Nama you apa?” Rizki Ikbal mengangkat kedua-dua keningnya mengharapkan jawapan dari gadis yang sudah membisu itu.
            Ardela Sofea hanya membatukan diri dengan riak muka yang bengis. Dia masih menunggu permohonan maaf daripada lelaki tersebut namun, perkara lain pula yang terjadi membuatkan amarah Ardela Sofea bertambah.
            “Takpe.... I tulis Cik Singa jela... Sebab muka you ni garang macam singa... Cuba senyum sikit, baru manis...” Perli Rizki Ikbal sambil ketawa kecil.
             Dengan sengaja, Rizki Ikbal menulis perkataan ‘Cik Singa’ di bawah autografnya. Ardela Sofea cuba merampas buku itu daripada tangan Rizki Ikbal namun gagal apabila Rizki Ikbal sempat mengalihkan sehingga tidak sempat dicapai oleh Sofea Ardela. Rizki Ikbal seolah-olah mahu mempermainkan Ardela Sofea. Mereka bergelut seperti kanak-kanak berebutkan gula-gula. Sekian lama bergelut, akhirnya Ardela Sofea dapat mencapai buku assignmentnya tetapi Rizki Ikbal enggan melepaskan. Tanpa disengajakan buku-buku lain yang berada ditangan Ardela Sofea jatuh berselerak, manakala buku yang direbut dari tangan Rizki Ikbal terkoyak sebahagian muka suratnya. Fasha hanya menjadi pemerhati disitu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
            “Ops! Sorry dear... My bad...” Rizki Ikbal membuat muka tidak bersalah walaupun itu sebenarnya memang salah dia! Segera dia menghulurkan buku yang sudah tekoyak itu kepada gadis dihadapannya. Ardela Sofea merampas buku itu secara kasar. Langsung tidak mahu bertolak ansur dengan lelaki itu!
            Tidak lama selepas itu, Rizki Ikbal diserbu peminatnya yang bagaikan ‘gila’. Berteriak menjerit-jerit namanya. Rizki Ikbal. Rizki berjalan meninggalakan Ardela Sofea tanpa menoleh seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Rafi pula hanya memerhatikan Adela Sofea. Rafi melarikan pandangan matanya tatkala Ardela Sofea merenungnya dengan riak wajah yang menakutkan. Ardela Sofea memungut semua buku-buku yang terlepas dari tangannya diatas lantai. Mukanya jelas menunjukkan dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Lelaki itu sudah melampaui batas! Sudahlah tidak mahu meminta maaf, malah sempat lagi membulinya.
            Fasha yang sedar bahawa taufan kemarahan Ardela Sofea akan melanda tidak lama lagi pantas mendapatkan gadis itu untuk menenangkannya namun semuanya kelihatan sudah terlambat. Api kemarahan Ardela Sofea sudah tidak mampu dipadamkan lagi. Usai memungut semua buku yang jatuh itu, dia menyerahkan buku-buku tersebut kepada Fasha secara kasar sekali membuatkan Fasha berganjak sedikit kebelakang.
            “Fea... jangan... ni tempat awam....” Larang Fasha.
            “Ah... Aku tak peduli.. Jantan tu mesti diajar.. Mentang-mentang artis. Nak belagak pulak dengan aku! Dasar lelaki  pervert!” Kemarahan Ardela Sofea sudah sampai kepuncak. Perang bakal tercetus!
            Ardela Sofea meluru pantas ke arah Rizki Ikbal yang kelihatan galak melayan peminat ‘gila’nya. Dengan kasar dia menarik lengan Rizki Ikbal. Seolah-olah baru mendapat satu suntikan kekuatan luar biasa menyebabkan Rizki Ikbal jatuh tersungkur. Gelagat mereka disaksikan oleh orang yang lalu lalang disitu. Ada diantara mereka yang tertawa, ada pula yang menggelengkan kepala. Rafi tergelak kecil. Apabila gelaknya disedari Rizki Ikbal, senyuman dibibirnya kembali mengendur.
            “Rizki! Awak tak apa-apa ke? Hey perempuan gila.. Kenapa dengan kau ni hah!!” salah seorang peminat ‘gila’ Rizki Ikbal menengking Ardela Sofea.
            “Kau diam!! Hal ni tak ada kena mengena dengan kau. Sebelum aku sepak muka kau. Baik kau duduk situ diam-diam..” Balas Ardela Sofea.
            Peminat Rizki Ikbal itu terus diam membisu akibat ketakutan. Dia menyangka Ardela Sofea benar-benar gila. Kekecohan itu menarik ramai mata-mata yang memandang dan memerhati. Bingkas Rizki Ikbal bangun semula. Malu dia! Dia boleh tumbang hanya dengan kudrat tarikan seorang gadis yang bertubuh kecil molek. Dia cuba menagawal ‘macho’nya.
            “Kenapa  dengan you ni? Kan I dah bagi autograph tadi. Nak apa lagi ni? Nak bergambar pulak ke?..” Rizki Ikbal berseloroh menyebabkan ada yang tergelak.
             “Jantan tak guna! Kenapa kau conteng assignment aku?  Kau tarik sampai koyak! Lepas tu boleh pulak buat muka tak bersalah. Petang ni aku kena hantar la! Kau ingat autograph kau lawa sangat ke? Bodoh!...” Marah Ardela Sofea.
            “Habislah.....” Fasha yang memerhati dari jauh berbisik kepada dirinya sendiri.
            “Err.... itu bukan salah I... You yang tarik sendiri..Okay! kalau pasal autograph tu, memang I yang buat. Tapi you tak halang I pun.. So, I ingat you tak kisah....” Rizki Ikbal mempertahankan diri dengan hujahnya. Tidak mahu dimalukan dikhalayak ramai.
            “Oh... pandai kau nak mengelak ye... Tadi kau langgar aku... lepas tu kau pegang aku punya..... kau nak buat tak tahu jelah. Banyak cantik muka kau. Kau ingat aku macam peminat-peminat kau yang bodoh tu ke? Sanggup bagi apa saja... Pergi mati la...!!” Ardela Sofea kelihatan begitu marah sekali.
            “Okay... I tak sengaja la.. yang you nak marah-marah ni kenapa?”..  Rizki Ikbal sudah kehilangan hujah. Dia kelihatan gugup sekali apabila mendengar Ardela Sofea membangkitkan hal itu dihadapan khalayak ramai.
            “Kalau tak sengaja mintak maaf la bodoh! Tu pun nak kena ajar ke. Kata artis popular.. Kalau adab pun tak tahu, baik kau pergi tadika balik...!” Bahasa yang digunakan Ardela Sofea agak kasar namun itulah ungkapan yang sejujurnya diluahkan untuk lelaki seperti Rizki Ikbal! Melampau!
            “Err.... emmm....” Rizki Ikbal kematian hujah. Kini dia terperangkap dalam kesilapannya sendiri. Mukanya merah padam apabila orang ramai yang berada disitu sedang memerhatikannya dengan pandangan yang negatif. Dia mulai berasa resah gelisah. Dia tahu orang sekeliling pasti melebelkan dirinya sebagai artis yang bermasalah.
            Fasha dengan pantasnya meluru ke arah Ardela Sofea. Dia menarik Ardela Sofea untuk mengeluarkan gadis itu dari situasi tegang. Dia tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.
            “Fea... Marilah kita balik.. sudah-sudah la tu ya...” Fasha cuba memujuk.
            Ardela Sofea merengus kasar. Akhirnya Ardela Sofea akur. Dia meninggalkan perkarangan lokasi dengan muka yang bengis. Tiada siapa yang berani menghampirinya kecuali Fasha. Pantas mereka berjalan untuk mengelak muka mereka dicam oleh orang yang berada disitu. Dalam perjalanan, Ardela Sofea sempat berpaling semula kearah Rizki Ikbal. Ternyata lelaki itu terpaku disitu sambil diperhatikan oleh orang ramai yang mulai bersurai. Ardela Sofea tersenyum puas!.

Read more...

Saturday, 3 November 2012

Heliophobia

Ia berbunyi seperti plot novel vampire - sebaliknya sihat, baik diselaraskan orang bermula untuk menjalani kehidupan yang diselubungi kegelapan. Dia bekerja malam dan tidur sepanjang hari di sebalik langsir blackout. Jika dia mesti meninggalkan rumah pada siang hari, dia slathers pada lapisan tebal pelindung matahari dan menyembunyikan di sebalik kaca mata gelap. Namun bagi mereka dengan heliophobia, atau takut cahaya matahari, ini mungkin menjadi kenyataan.

Takut Kanser Kulit

Dalam beberapa kes, heliophobia adalah sebenarnya sejenis kebimbangan kesihatan. Kanser kulit ialah risiko yang sangat nyata dari pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia telah banyak dibincangkan dalam media. Orang mengidap hypochondriasis atau nosophobia boleh membangunkan gejala heliophobia, mempercayai bahawa mengurangkan pendedahan mereka kepada cahaya matahari akan mengurangkan peluang mereka mendapat kanser kulit. Begitu juga, orang-orang yang telah dirawat untuk kanser kulit, atau mengenali seseorang yang telah, mungkin pada risiko yang meningkat bagi heliophobia.

Takut Kerosakan AHD.

Terdapat dorongan yang besar dalam masyarakat hari ini untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan. Kerosakan matahari adalah punca yang diketahui penuaan pra-matang, yang boleh membawa orang ramai untuk mengelakkan matahari. Mereka yang mengalami isu-isu imej badan mungkin lebih cenderung untuk mengambil kebimbangan ini semula jadi yang melampau yang tidak sihat.

Keterlaluan-kompulsif Gangguan

Keterlaluan-kompulsif gangguan, atau OCD, hallmarked oleh pemikiran yang berulang dan berterusan yang menyebabkan kebimbangan atau kesusahan. Walaupun bahaya pendedahan matahari boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa, ia sering tidak lebih daripada pemikiran sekejap. Seseorang dengan OCD, bagaimanapun, mungkin mempunyai masalah mematikan mereka fikiran. Compulsions adalah ritual bahawa penghidap OCD melaksanakan dalam usaha untuk melegakan keresahan yang disebabkan oleh pemikiran mengganggu. Mengelakkan matahari teliti boleh membangunkan ke paksaan OCD.

Perubatan ahd. Kepekaan

Photodermatitis adalah tindak balas tidak normal fizikal kepada sinaran UV. Keadaan ini menyebabkan kerengsaan kulit, ruam bersisik atau beralun, sakit, tompok gelap dan walaupun demam dengan menggigil. Ia kadang-kadang dicetuskan oleh ubat-ubatan atau pendedahan kepada tumbuh-tumbuhan tertentu, tetapi juga boleh berlaku dengan sendiri.

PORPHYRIA adalah istilah perubatan untuk sekumpulan gangguan berkaitan diwarisi. Ini penyakit yang sangat jarang boleh menyebabkan satu senarai panjang gejala, termasuk kelumpuhan otot dan penyakit mental. Selain itu, PORPHYRIA sering menyebabkan photodermatitis teruk yang membawa kepada hampir segera kulit melepuh apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ini lepuh adalah mendalam dan agak menyakitkan, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Kekurangan zat besi adalah biasa dalam beberapa jenis PORPHYRIA. Vlad Impaler, kepada siapa watak Dracula berdasarkan, mungkin telah mengalami PORPHYRIA besi-kekurangan.

Perubatan sensitiviti matahari tidak dianggap fobia a. Walau bagaimanapun, sesetengah orang dengan sensitiviti matahari takut mendedahkan diri mereka kepada matahari pada semua, walaupun di bawah saranan doktor. Jika anda sensitif AHD, bekerjasama rapat dengan doktor anda untuk menentukan tahap yang selamat dan kaedah pendedahan cahaya matahari.

Heliophobia dan Pilihan Hidup

Sesetengah orang hanya lebih suka untuk tidur pada siang hari dan melaksanakan aktiviti kehidupan harian pada waktu malam. Dalam budaya hari ini restoran 24-jam, kedai-kedai dan pilihan hiburan, ia adalah mudah untuk menampung apa-apa ritma badan semulajadi. Gaya hidup ini sering dikaitkan dengan orang-orang yang mengenal pasti diri sebagai "Goth," tetapi orang-orang dari semua lapisan masyarakat suka jadual waktu malam.

Kebanyakan orang yang bekerja dan bermain pada waktu malam tidak mempunyai ketakutan sebenar matahari dan oleh itu, tidak mengalami heliophobia. Sepanjang masa, bagaimanapun, ia adalah mungkin untuk membangunkan mengelakkan matahari. Jika anda mendapati diri anda tidak dapat menangani semasa hari apabila perlu, anda mungkin telah dibangunkan sedikit heliophobia.

Komplikasi Heliophobia

Kebanyakan masa, heliophobia adalah sederhana dan menyebabkan beberapa masalah dalam kehidupan seharian. Langsir blackout Kerja malam, slathering pada matahari, dan memasang pembaikan kecil yang biasanya menjaga isu. Lebih teruk kes heliophobia, bagaimanapun, boleh menyebabkan masalah.

Jika anda mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda untuk menghabiskan masa di luar pada siang hari, heliophobia boleh mengehadkan kejayaan anda di tempat kerja. Begitu juga, kanak-kanak dan remaja mungkin berisiko tinggi untuk komplikasi kerana mereka dikehendaki untuk berada di sekolah pada waktu yang ditetapkan siang hari. Walaupun mereka sedang homeschooled, anak-anak dengan heliophobia boleh berada di risiko untuk pengasingan sosial dan kemurungan disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menghabiskan masa dengan rakan-rakan mereka. Kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa boleh dipulaukan untuk tabiat mereka "pelik" atau juga dituduh mengambil bahagian dalam pemujaan-pemujaan agama yang ganjil.

Merawat Heliophobia

Seperti kebanyakan fobia, heliophobia boleh dirawat dalam pelbagai cara. Profesional kesihatan mental anda akan bekerjasama dengan anda untuk membangunkan satu pelan rawatan yang mungkin termasuk kaedah kognitif tingkah laku, hipnoterapi, atau teknik-teknik lain. Jika gangguan lain, seperti OCD, adalah terlibat, rawatan anda mungkin sedikit lebih rumit. Jika heliophobia anda disebabkan oleh sensitiviti perubatan kepada matahari, ahli terapi anda akan bekerja seiring dengan doktor anda untuk merawat kedua-dua keadaan fizikal dan kebimbangan anda secara serentak.

Read more...

Monday, 1 October 2012

Kisah di sebalik gambar ni!

Ada orang tanya aku! "Der, gambar cikaro mana yang lu pakai buat twitcon tu?"
Okay! dengan segala hormatnya, ini bukan cikaro ye... Sebenarnya ada kisah di sebalik gambar ni...


Kisah apa?

Walaupun aku tahu tak ada orang pun nak tahu pasal cerita ni, tapi if ada orang yang 'TER'baca, boleh la dijadikan pengajaran ye... Kisah ni berlaku pada aku sendiri... Aku terpaksa taip ala-ala ayat skema sikit la nak kasi impak sikit.. Terpulang kepada pembaca nak percaya ataupun tidak(Kalau ada yang baca la)

Dulu masa aku belajar kat matrik, aku memang kaki Facebook.. hampir tiap-tiap hari aku berfacebook, tapi aku ni jenis yang tak suka sangat berinteraksi melalui chating. Memang aku buka facebook, tapi aku selalu offline chat. Nak dijadikan cerita, suatu hari ada sorang perempuan nia add aku. Bila aku check, langsung tak ada mutual friend dan aku langsung tak kenal siapa dia. Dia privatekan dia punya akaun facebook, so aku tak dapat stalk sangat. Aku cuma dapat tahu basic information je. Biasanya orang yang aku tak kenal, aku tak approve tapi ni kire kes terkecuali. Pasal aku tengok profile pic dia cantik, aku pun approve la.(biasa la..lelaki...haha) Lepas dah jadi friend, baru aku stalk dia punya akaun. Memang aku tak kenal langsung dia ni sape, mula-mula aku syak tu mungkin fake account pasal orang yang cantik ni susah nak add stranger lebih-lebih lagi yang tak berapa hensem macam aku(tibe2 je humble..hehehe). Lepas tu aku buat dono jela... Nak unfriend balik pun malas. Okay, dah habis intro. Next!

Tak lama lepas tu(mungkin seminggu atau lebih), aku selalu terbaca status dia. Memang islamik gila, tak padan engan freehair. Lepas tu ada salah satu status dia aku try nak hentam. Tak silap aku, dia cakap pasal aurat lelaki kut.. Lepas tu aku komen ala-ala nak bagi tarbiah kat dia(padahal aku bukan baik sangat). Yang peliknya, setiap apa yang aku cakap, dia langsung tak terkesan. Siap dia sokong lagi statement aku. Dia tak faham ke yang aku tengah perli dia? aku cakap macam-macam pasal dia. Seingat aku, status dia lebih kurang macam ni la ayatnya.. "lelaki yang tak jaga aurat tak layak dijadikan suami."


Lakon semula.

Aku pun komen macam ni... "kalau perempuan yang tak jaga aurat layak ke dibuat isteri?"

Dia balas...."Memang tak layak, tetapi tugas lelaki kan membimbing perempuan ke arah yang lebih baik.."

Aku terfikir... Apa yang dia cakap tu ada betulnya... Tapi aku tak nak mengalah... aku balas lagi... "Ya, tapi kalau perempuan tu tahu apa yang betul, apa yang salah, dia tak perlu mengharapkan bimbingan sesiapa.. Jangan pandai cakap aje, buatnya tidak.." Hui, pedas betul aku punya komen. Memang sengaja aku nak bagi dia terasa. Cakap pasal aurat, tapi dia sendiri tak tutup aurat. 

Panjang lagi hujah-hujah kami, tapi aku cuba ringkaskan... Perang keyboard masih berterusan. sampailah satu tahap aku sendiri yang sakit hati bila dia asyik mengiakan apa yang aku tulis. Tapi kenapa aku perlu sakit hati? Bukankah aku cuba nak sampaikan benda yang betul. Masa tu aku baru tersedar, sebenarnya niat aku bukanlah hendak menegur, aku cuma nak bajet pandai, aku ego sebab tak nak kalah dengan perempuan. Lama-lama tu aku malas nak layan.. Aku chow acam tu je.. Rasa bersalah tu ada, tapi aku malas nak mintak maaf, salah dia jugak sebab keluarkan statement macam tu.. Apa yang salah?? Betul la apa yang dia tulis tu...   "lelaki yang tak jaga aurat tak layak dijadikan suami."

Kepala aku dah jadi kusut... Kenaplah aku anti sangat dengan perempuan freehair sampai apa saja yang diorang cakap pasal agama aku tak boleh terima padahal benda tu betul.. Aku teringat ayat yang selalu orang guna.. "nobody perfect". Disebabkan ayat tu aku jadi berani tegur perempuan tu melalui chat, niat aku cuma nak mintak maaf.. Tu je...(yeke? macam tak percaya je..). Mula-mula takut jugak kena maki pasal aku dah 'bahan' dia teruk-teruk dekat wall dia sendiri.

Tapi..... Apa yang aku fikir, tak sama dengan apa yang jadi... Dalam masa aku chat dengan dia, dia layan aku dengan baik sekali.. Aku tegur di "Hi.." Dia siap jawab dengan "Assalamualaikum..." Aku pulak yang segan... Aduh! dah jawab salam tu baru la aku cakap kat dia yang aku mintak maaf.. Lepas tu dia persoalkan kenapa aku mintak maaf? Mula-mula aku ingatkan dia sengaja buat-buat tak tahu.. Lama-kelamaan baru aku tahu yang dia tu memang tak faham kenapa aku mintak maaf..

Terpaksa aku jelaskan kenapa, sebab apa, macam mana.. Lasat-last dia gelak "Hahahaha..."... Dia cakap aku ni lucu... Berkerut-kerut kening aku masa tu.. Perempuan ni betul ke tak? Masa tu sakitnnya hati aku tuhan saja yang tahu. Lepas tu baru la dia cakap yang dia berterima kasih dengan aku sebab aku dah ajar dia sesuatu hari ni... Uh, bertambah bingung aku jadinya..Dia ni dah kenapa? sedang aku chatting dengan dia, aku cek balik profile dia, aku usyar gambar-gambar dia. Masa tu la baru aku tahu yang account dia yang aku syak sebagai fake tu sebenarnya asli. Ada je kawan-kawan yang tag gambar dia. Lepas tu aku terkejut bila aku terbaca info race dia. Dia ni bukan melayu dan bukan islam.Dia asal dari sabah tapi tinggal kat semenanjung. Seriusly, muka dia memang muka melayu.

Lepas tu lagi la aku bengang bila dapat tahu yang dia ni bukan islam, tapi berani bercakap pasal Islam. Tipi tiba-tiba aku terfikir, apabila orang bukan islam tahu pasal hukum dalam islam, itu bukanlah satu ancaman. Buat apa aku nak marah? Kalau aku marah, mungkin dia akan labelkan aku ni rasis ataupun narrow mind.. So, aku fikir balik sebelum bertindak... Nevermind, dia mungkin berminat pasal Islam.

Lepas tu aku cakap elok-elok..

And finally..............................


Ceritanya terhenti disitu. Beberapa hari selepas tu, dia diactivate account FB dia. Mula2 aku ingat dia block aku, tapi aku buka pakai akaun kawan aku, memang nama tu tak wujud lagi. Sah, dia diactivate.


Kadang aku kesian, setiap status baik dia buat mesti orang bash, salah ke nak jadi baik?

senang cerita. kalau kita tak kenal orang, apa hak kita nak nilai dia? Soal ikhlas atau tak.

TU hal dia dengan ALLAH!

I will miss you miss Bella Luna.

Jodoh kita tak panjang.



Read more...

Friday, 4 May 2012

Cuti yang bermakna

Wow! lama betul tak update blog, sejak minggu study week, sampai final. Sekarang tengah cuti. Biasalah, cuti-cuti aku banyak habis dekat rumah je. Kali ni aku nak buat cuti lebih bermakna. Nak belajar masak sikit. Awww~~ Lelaki masak?? Tolonglah...

Hallo....Kenapa, ingat orang lelaki tak layak masak ke?

Lelaki kalau masak lebih good-good dari perempuan la.. Haiyo...

Okay, tak nak buang masa, kali ni aku nak berkongsi satu.... Bukan resepi.. Tapi gajet dapur yang awesome!!

Memperkenalkan...



                    Nesting Knives(Pisau bersarang)

Pisau cantik dan bergaya ni adalah hasil ciptaan Mia Schmallenbach. Terhasil daripada ukirann blok keluli yang tahan karat. awesome!. Sangat sesuai diletakkan di dapur yang moden.


Set Pisau Deglon Meeting ini  mengandungi
-Pisau Pengupas
-Pisau Pengukir
-Pisau Tukang masak
-Pemadan








Aku mesti dapatkan satu. Banyak kegunaan ni.
Oww Yeah!

Read more...

Sunday, 1 April 2012

Perempuan tak kejam.. Air mata dia KEJAM!


Kali ni, aku tewas lagi walaupun ini bukan kali pertama.

Bunga benar buat aku sakit hati, dia boleh main wayang depan aku. Si Leya tu subahat. Dia tahu benda tu akan sakitkan hati aku, tapi dia tetap buat. Aku lari dari sandiwara tu. Aku penat beralah. Pergilah kau kat laki tu. Kau dah tak perlu aku bukan?

Tiba-tiba dia muncul memotong langkah aku. Dia renung wajah aku yang sayu. Aku tak menangis, tapi aku cuma sedih.Hati aku ditoreh. Pengorbanan yang aku lakukan selama ini dirasakan sia-sia apabila dia membalasnya dengan cara begini. Aku sayangkan dia, cuma aku tak pernah cakap yang aku sayangkan dia. Dia peluk aku erat. Aku terdengar esakannya.

     "Maafkan aku... Aku janji tak akan buat lagi..." Esakannya semakin kuat.
 

      Dengan perasaan ragu-ragu, aku usap lembut kepalanya yang dilitupi tudung. Perasaan marah yang membakar hati aku tiba-tiba hilang. Benar kata orang, air mata perempuan mampu melembutkan hati yang keras, mampu memadamkan api kemarahan. Inilah kali pertama aku menangis sebab perempuan. Sebenarnya, aku sakit hati. Tersangat sakit hati. Aku jadi serba salah.

Dengan nada lemah, aku ucap maaf.

Air mata dia, KEJAM.

Read more...

Friday, 30 March 2012

Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Masihkah kau ingat? Siapa yang lahir tahun 1990an untunglah sebab sempat merasai semua permainan ni. Kalau tanya budak zaman sekarang apa permainan paling best pernah diorang main? Jawapannya mesti game PC or PS dan permainan maya yang lain. Hoho! Bosan. Ruginya diorang sebab tak sempat bermain dengan kawan-kawan dalam dunia yang nyata. Rugi..rugi...rugi....! Okay, layan gambar-gambar ni. Anda pasti tersenyum jika teringat kembali kisah zaman kanak-kanak anda bermain benda ni semua.




Biasa bulan puasa benda ni banyak

Dam ular. Selalu main dalam kelas. Cikgu masuk, sorok dalam meja

Ni budak perempuan suka main. Dulu barbie takde lagi kot. (kaang-kadang aku pun main jugak)

Kapal terbang polistrin.

Gasing kayu.

Waa! yang ni rare. Agak-agak sekarang ada lagi ke?

Kereta Dash yang terkenal pada tahun 90an. Kegilaan kanak-kanak masa tu.

Budak-budak sekarang tahu ke main guli tuju ni?

Haha.. Game ni sangat best. Walaupun gambar tak full HD tapi tetap boleh enjoy.

Apa nama game ni eh? Ada orang panggil konda kondi. Aku panglil bola slipar.

Sapa yang tak pernah main getah? Rugi la.. Last aku main lepas  UPSR dulu.

Maybe bena ni ada lagi sekarang. Permainan ni memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Pistol air. Kalau nak kenakan member-member boleh la ni. Haha

Apa nama benda ni? Ni kira macam bela dgital pet la. Last aku main, benda ni masuk dalam  mesin basuh. Mati pet aku. Kesian

My favret!haha

Pistol peluru kertas. Bunyi dia mcam kentut dalam air.  Tak seram langsung.



Read more...

Wednesday, 28 March 2012

Hot Chick!



Sapa kenal pompuan ni angkat tangan?

Yang kenal tu baguslah. Nama diberi Masako Mizutani.Sapa dia ni? Dia adalah seorang bekas model Jepun yang terkenal. Bekas or Masih model tu aku tak berapa pasti. Dia terkenal bukan kerana bakatnya dalam bidang yang diceburinya.

 Habis tu apa?

Sabar.. sabar... Percaya atau tidak, dia dilahirkan pada tahun 1968.

Oh... So? Wait...wait..wait! 1968?? That means umur dia sekarang (kira..............) 44 tahun?? Wadafak!!

Yeah! Betul. Minah ni mempunyai dua orang anak yang berusia sekitar dua puluh tahun. Sumpah hot!

Ni tips-tips yang beliau kongsikan.

1. senaman yang kerap
2. tidur yang cukup
3. tidak merokok
4. Makan seimbang, 4 kali sehari dengan hidangan kecil
5. Minum air yang banyak, kerana air minuman boleh membantu membuang toksin dalam tubuh manusia.
6. Menggunakan make-up adalah lebih ringan, selaras dengan pertumbuhan umur
7. Vitamin berasaskan krim atau losyen E untuk menjaga kulit licin
8. Gunakan pelindung cahaya matahari apabila di luar
9. Melaksanakan penyelenggaraan pada kulit sebelum tidur.



Haha.. Biasa la tu!
Tapi mungkin Tips dari Datuk Syarifah Aini lagi berkesan kot... Rajin ambil wuduk. Yelah tu kak, ambik wuduk. Bukan suntik BOT....?? Ops!! Bukan fitnah, tanya je,,, hahaha

Ni lagi gamba-gamba hot beliau!












Comel gila mak cik ni...

Oww yeah!


Read more...

Tuesday, 27 March 2012

Pelan penjimatan!





Huh! Sekarang masanya untuk berjimat... Duit aku tinggal 100 lagi untuk bertahan selama sebulan kat sini. Semua bajet ni aku perlu Belanjakan untuk makan sahaja. 100 untuk sebulan? bunyi macam mustahil. Tak la!...


Okay.. Ni bajet aku!

Roti Bilis: 80sen x 30hari= RM27 (makanan tengahari)
Makan sama tiap-tiap hari? Wadafak????

"Sesungguhnya sebuku roti itu lebih baik daripada segudang ayam KFC jika kita tahu bersyukur...."

Seterusnya...

*Maggi RM4.70(harga sepeket besar 5pcs) x 3 = RM14.10
*Mi Sedaap RM3.90(harga sepeket besar 5pcs) x 3=RM11.70
(harga dalam Kolej ni)

*makan malam

Total semua RM52.80

Jimat kan?

Baki RM47.20 lagi nak buat apa?


Nice... Soalan yang bagus!


Err.. Aku perlu simpan jugak untuk makan nasi. Aku ada gastrik. Kalau penyakit tu datang, nak tak nak kena makan nasi jugak.

Percaya tak?

Trust me! Aku pernah buat dulu. Alhamdulillah, RM100 tu boleh buat aku survive sebulan untuk masa susah! Bila senang, RM100 tu tak sampai sejam boleh habis.

Wait...wait..wait...??

Kenapa tak mintak dengan Mak Bapak je?

Okay.. Ceritanya mudah saja... Abah aku dah meninggal dunia, Umi aku pulak tak berkerja cuma kadang-kadang ambik upah jahit baju orang. Purata pendapatan keluarga aku anggarkan RM1000 ringgit termasuk duit pencen arwah abah aku Lbih kurang RM800. Tu untuk tanggung dua anak yang masih belajar. Agak-agak cukup tak? Kalau 10 tahun lepas aku rasa tu lebih dari cukup, tapi sekarang.... Malas nak cakap lah! Tapi alhamdulillah! Sebab aku biasa hidup susah, tak susah bagi aku untuk terima kesusahan!

So, bagi orang yang banyak duit tu., hargailah setiap ringgit yang anda miliki. Sebab ramai lagi manusia kat luar sana yang lebih memerlukan duit! Bila senang, kita akan kenal diri kita yang sebenar(tak bersyukur) tapi kita akan lupa orang lain. Keep my word and just trust it!

Oww yeah!
Read more...

Nokia Lumia 900??

YES! akhirnya Nokia buat aku teringin nak melabur lagi. Tahun 2012 ni persaingan makin hebat antara pengeluar-pengeluar jenama telefon bimbit. Aku adalah peminat Nokia. Seumur hidup aku, aku tak pernah pakai jenama lain cuma kebelkangan ni Nokia agak slow sikit. Kegilaan sekarag lebih tertumpu kepada telefon pntar macam i-phone, Galaxy, Android, BlackBerry. Hah! Tak minat semua tu. Nak Nokia jugak.(Padahal tak mampu). Aku rasa model terbaru Nokia ni mampu bersaing.



Okay, Memperkenalkan. New Nokia Lumia 900. HAH??? OMG!











Aku harap ada orang sudi hadiahkan aku benda ni... Amin... Setakat pengang pun dah cukup untuk buat aku bahagia..Haha.. Oww yeah!


Read more...