Saturday, 15 December 2012

Cinta Yang Kutinggal Mati (BAB 2)

BAB 2



Ardela Sofea kelihatan kaku duduk menghadap Profesor Mariam Mustafa. Raut wajah Profesor Mariam Mustafa membengis. Beliau merasakan ketegasannya selama ini tercabar dengan sikap Ardela Sofea. Tidak disangkanya pelajar cemerlang yang selalu mendapat anugerah dekan seperti Ardela Sofea akan memembuat masalah.
            “Sofea, apa dah jadi dengan assignment awak ni?” Tegas Profesor Mariam bertanya.
            Assignment yang diberi tarikh akhir hari ini kelihatan tidak kemas dan menyakitkan penglihatan. Koyak rabak dan berconteng! Pensyarah mana yang tidak akan marah apabila tugasan yang diberikan tidak dihantar dalam keaadaan tidak sempurna.
            “Sebenarnya Prof, tadi saya kemalangan sikit.....” Ardela Sofea cuba menerangkan situasi sebenar.
            “ Sudahlah Sofea! Saya memang malas nak dengar alasan awak sebenarnya. Apa yang awak hantar dekat saya ni sebenarnya sampah... Dengan cover depan tak ada, conteng sini, conteng sana. Apa nak jadi dengan awak ni....?” Profesor Mariam Mustafa mencelah sebelum sempat Ardela Sofea member penjelasan.
            Sesungguhnya Profesor Mariam Mustafa memang tidak gemar dengan alasan. Dia lebih suka bersikap tegas dalam kata-katanya. Jika dia kata A, maka A lah jawapannya. Kalau dia kata hantar hari ini, hari inilah WAJIB dihantar. Mungkin ketegasan itulah yang membuatkan wanita itu digelar anak dara tua.Tiada lelaki yang berani mendekatinya. Dia tahu Ardela Sofea memang menghantar tepat pada masanya, akan tetapi tugasan yang dihantar itu tidak menepati apa yang diharapkannya.
            “Prof.. dengar dulu penjelasan saya....”
            “Saya tak nak dengar apa-apa.. Awak jangan ingat awak pelajar cemerlang awak boleh buat sesuka hati awak sahaja. Saya tak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar tetapi saya bagi awak satu lagi peluang.... Awak kena hantar assignment ni sebelum pukul 8 pagi esok..” Profesor Mariam Mustafa menawarkan peluang terakhir kepada Ardela Sofea.
            “Tapi prof.......”
            “Tak ada tapi-tapi lagi. Ingat! Sebelum pukul 8 pagi, saya nak assignment awak ada atas meja saya. Kalau tak ada, saya tanpa segan silu akan memotong markah PB awak. Faham!” Tegas Profesor Mariam.
            “Baik Prof.....” Ardela Sofea akur walaupun perkara itu sukar untuk diterima. Nada suaranya seolah-olah hampa.
            “Kalau macam tu, awak boleh keluar sekarang.....”
            “Terima kasih prof....” Ardela Sofea mencapai assignmentnya yang rosak itu seraya mengangkat punggungnya bangun dan terus mengatur langkah untuk keluar. Langkahnya longlai dan rapuh. Hatinya berkecamuk sekali. Kecewa bercampur geram!
            Apabila sampai di muka pintu, Ardela Sofea membuka pintu dan mengomelkan sesuatu kepada dirinya sendiri. Apa yang berlaku kepada dirinya hari ini memanglah malang sekali. Ardela Sofea menganggap Rizki Ikbal lah yang membawa malang itu! Dia berharap agar lelaki itu tidak muncul lagi dalam kehidupannya.
            “Tak guna punya mamat buaya. Kau dah rosakkan hidup aku untuk hari ini!”
            “Apa awak cakap Sofea?” Tanya Profesor Mariam Mustafa yang mendengar ngomelan Ardela Sofea walaupun beliau tidak memahami butir-butir perkataan yang keluar dari mulut gadis itu. Dia menyangka kata-kata yang keluar dari mulut Ardela Sofea itu sbagai kata-kata protes.
            “Eh.. tak ada apa-apa prof.. Pintu ni susah pulak nak dibuka...” Bohong Ardela Sofea sambil tersenyum nipis. Pantas dia keluar dan menutup semula pintu pejabat itu. Profesor Mariam tersenyum kelat sambil menggelengkan kepalanya. Pening dengan sikap pelajarnya ini. Pintar tetapi suka buat masalah!
            Setelah keluar dari bilik pejabat, perlahan dia menutup semula pintu. Takut juga kalau pintu itu terhempas kuat. Nanti Profesor Mariam Mustafa tersalah anggap.  Ardela Sofea disambut dengan pertanyaan daripada Fasha yang sudah menanti di luar bilik pejabat.
            “Macam mana Fea?” Fasha bertanya.
            “Negatif... Usul ditolak...” Ardela Sofea sempat bersenda walaupun dilanda kekecewaan. Begitulah sikap sebenar Ardela Sofea. Bijak menyembunyikan kekecewaannya.
            “So....?” Fasha bertanya lagi.
            “So sad.......” Jawapan Ardela Sofea jelas tidak seserius pertanyaan dari Fasha. Dia mencebik.
            “Eh kau ni Fea, aku tanya betul-betul kau buat lawak bodoh pulak kat sini..” Tegas Fasha.
            “Ha ha ha... Jangan la marah sayang. Tak comel la!. Prof bagi masa sampai esok pagi...” Sempat lagi Ardela Sofea menyelitkan usikan dalam jawapannya.
            “Ah.. gelilah aku kau panggil aku sayang-sayang segala. Okay la tu.. Sekurang-kurangnya kau ada masa lagi nak siapkan assignment tu kan..?” Fasha memberi pendapat.
            “Yela... Tapi masalahnya sekarang ni........” Ardela Sofea cuba bermain teka-teki dengan Fasha Dia membiarkan kata-katanya tergantung disitu.
            “Masalah apa pulak?”... Fasha bertanya penuh hairan.
            “Aku simpan semua kerja tu dalam laptop. Lupa nak copy dalam pendrive aku.....”
            “So....?” Fasha melanjutkan pertanyaannya.
            “So bad...” Dia tergelak kecil apabila melihat perubahan raut wajah Fasha yang jelas kelihatan maah dengan perlakuan tidak seriusnya.
            “Kau ni kan........” Fasha kelihatan marah dengan sikap main-main Ardela Sofea.
            “Ala... Gurau jelah. Kan laptop aku dah format semalam. Masalah sekarang ni, aku kena taip balik semua muka surat yang koyak dan kena conteng dengan mamat buaya tu!”
            “Oh... berapa helai yang rosak?” Fasha bertanya lagi.
            “11 helai termasuk frontpage yang hilang tu... Macam manalah boleh hilang agaknya...”
            “Eh, tak la banyak sangat tu....” Fasha menyuarakan pendapatnya.
            “Ha, memang la aku tak ada kerja lain nak buat malam ni kan?” Ardela Sofea membalas dengan kiasan songsang. –yang membawa maksud yang bertentangan dengan ayat sebenar.
            Mereka berdua kelihatan berjalan menuruni tangga  bangunan pejabat pentadbiran. Berbual-bual sambil berjalan. Bangunan itu kelihatan sunyi. Hanya kelihatan kelibat beberapa pelajar dan pensyarah yang lalu lalang disitu. Waktu begini memang kuliah masih berjalan dan secara kebetulan jadual Fasha dan Ardela Sofea sama-sama kosong. Walaupun mereka mengambil kursus yang berbeza, mereka kelihatan sangat rapat.
 Keakraban ini bermula ketika semester satu lagi ketika mereka menginap di bilik asrama yang sama dan sehingga kini, mereka masih bersama menginap di rumah sewa yang tidak jauh dari kolej. Gelak tawa mereka yang bergema memecah kesunyian bangunan pentadbiran itu. Ardela Sofea masih mampu lagi tertawa sedangkan ini merupakan salah satu hari yang malang dalam hidupnya. Itulah kelebihan yang dimiliki gadis manis yang berasal dari Melaka ini. Tenang dalam kekusutan!
Selepas selesai urusan mereka sama-sama pulang kerumah. Mereka menyewa di sebuah rumah apartment di luar kolej. Oleh kerana rumah itu kecil dan sempit, mereka hanya menyewa berdua sahaja. Dari sinilah mereka belajar berdikari. Ardela Sofea mempunyai kelebihan untuk memasak dan Fasha pula pandai mengemas rumah. Bakat semulajadi itulah dikongsi bersama sebagai teman sebilik.

Read more...

Cinta Yang Kutinggal Mati (BAB 1)

Rizki Ikbal melangkah keluar dari Butik Reena setelah kehilangan mood untuk membeli pakaiaan setelah mendengar kata-kata pembantunya, Rafi. Sungguh sakit sekali hatinya apabila mengetahui pembantu peribadi yang dipercayainya itu seolah-olah membelakangkannya dalam membuat sesuatu. Mukanya yang tampan kelihatan sedikit membengis. Rafi mengikut sahaja langkah Rizki Ikbal tanpa berani membantah. Faham benar dengan keaadaan majikannya itu jika berada dalam keadaan marah.
            “Kan aku dah pesan dekat kau, jangan berurusan dengan diorang. Kau kan tahu aku tak suka dengan wartawan-wartawan majalah tu. Suka buat cerita yang mengarut..” Marah Rizki Ikbal terserlah walaupun suaranya masih lagi terkawal. Dia bukannya suka menengking walaupun sikapnya agak tegas.
            “Maaf encik Riz, saya terlupa...” Rafi tetunduk ketika berbicara menyedari kesilapannya membuat pertemuan dengan wartawan dari majalah MASKULIN tanpa pengetahuan bosnya itu.
            “Lupa..lupa..lupa.. Tu je alasan kau tahu buat!” Rizki Ikbal merengus kuat menzahirkan amarahnya.
            “Maaf.. Tapi saya tak cakap apa-apa pun dengan diorang.. Diaorang Cuma tanya perkembangan terbaru encik Riz je..” Kata Rafi sekadar untuk membela diri.
            “Masalahnya sekarang ni, aku tak suka kau berurusan dengan diorang, kau faham tak!” Rizki Ikbal menghentikan langkahnya kemudian merenung tanjam ke wajah Rafi. Renungan itu membuatkan Rafi menelan liur. Dalam masa yang sama, Rizki Ikbal terimbau kembali kisah yang mengejutkannya  suatu ketika dahulu. Ketika itu salah seorang wartawan dari majalah MASKULIN telah menjaja cerita konon-kononya Rizki Ikbal merupakan ‘anak ikan’ kepada seorang datin. Kecoh satu dunia hiburan tanah air ketika itu. Akhirnya cerita itu berahkhir apabila datin yang disangka mempunyai skandal dengan Rizki Ikbal itu adalah ibu Rizki Ikbal sendiri. Disebabkan fitnah itu, Rizki Ikbal telah menfailkan saman malu ke atas syarikat penerbitan yang terlibat dengan penyebaran cerita palsu itu dan akhirnya kes saman itu berpihak kepadanya. Walaupun namanya sudah dibersihkan, namun perkara itu ternyata masih didendami oleh Rizki Ikbal kerana telah menjejaska reputasinya sebagai seorang artis dalam bidang lakonan.
            Kelihatan dua orang gadis sedang berjalan bertentangan arah dengan Rizki Ikbal. Rizki Ikbal tidak menyedari dua orang gadis itu berjalan menuju ke arahnya kerana ketika itu dia terlalu asyik mengomelkan sesuatu kepada Rafi.
            “Cepatlah Sha, aku dah lambat ni... Kan aku dah cakap tadi, bagi aku hantar Assignment ni dulu baru kita datang sini..” Ardela Sofea mencebik. Langkahnya semakin laju.
“Yelah..Yelah...” Fasha menurut sahaja tanpa membantah.
            Serentak Rizki Ikbal dan Ardela Sofea berpaling ke hadapan, tubuh mereka sudah bertembung. Secara tidak sengaja, kedua-dua belah tangan Rizki Ikbal sudah berada di bahagian dada Ardela Sofea. Pantas Rizki Ikbal mengalihkan tangannya lantas menyembunyikan kedua-dua belah tangannya di belakang pinggang. Berlagak seolah tiada apa-apa yang berlaku. Mukanya merah menahan malu. Berbeza pula dengan Ardela Sofea muka gadis itu kelihatan merah menahan amarah.
“Kenapa buat muka terkejut macam tu?” Rizki Ikbal membuat muka tidak  bersalah. “Oh... I tahu... You mesti nak autograph I kan?...” Sambungnya lagi sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Tidak semena-mena Rizki Ikbal mengambil salah satu buku yang ada ditangan Ardela Sofea. Tidak pula Ardela Sofea membantah. Riak wajahnya seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan sikap Rizki Ikbal yang enggan memohon maaf walaupun memang terang-terang itu adalah salah lelaki itu.
You ada pen tak?” Pinta Rizki Ikbal sambil memandang tepat ke wajah Ardela Sofea. Riak wajah Riki Ikbal dilihat menjengkelkan pada pandangan Ardela Sofea .
            Ardela Sofea hanya terdiam sambil riak wajahnya masih kelihatan bengis. Fasha yang berada di sebelah Sofea tercari-cari sesuatu dalam beg sandangnya. Rafi hanya terdiam walaupun dia nampak apa yang berlaku sebentar tadi. Fasha pula langsung tidak nampak apa yang berlaku semasa pertembungan yang tidak disengajakan itu.
“Nah.....” Fasha secara spontan menghulurkan sebatang pen hitam yang baru sahaja dikeluarkan dari beg sandangnya kepada  Rizki Ikbal. Rizki Ikbal hanya tersenyum.
            Ketika  Rizki Ikbal hendak mencapai pen yang ada ditangan Fasha, secara pantas tangan Ardela Sofea memegang tangan Fasha tanda menghalang. Fasha berkalih memandang Ardela Sofea. Ternyata renungan menakutkan Ardela Sofea itu mampu membuatkan singa jantan tertunduk menyembunyikan taring. Garang!
“Ha ha ha.. Tak apa Cik... Fa..sha Fazura, pembantu saya ada pen..” Lambat-lambat Rizki Ikbal menyebut nama gadis itu seperti sendang mengeja..  “Rafi, bagi aku pen...” Sambungnya lagi sambil menghulurkan tangan tanda meminta ke arah Rafi yang berada sedikit kebelakang.
            “Eh, macam mana awak tahu nama saya?” Fasha bertanya penuh teruja.
            “Ha ha ha... Cik Fasha, saya pun pernah belajar jugak tapi.... Tak adalah sampai nak pakai matrix card sampai ke shopping complex...” Perli Rizki Ikbal sambil memandang kad matrik yang tergantung di leher Fasha.
            Merah padam muka Fasha menahan malu. Entah bagaimana dia boleh terlupa untuk menaggalkan kad matrik sebelum melangkah keluar dari kampus sebentar tadi. Dia tergesa-gesa hendak keluar dari kampus sebentar tadi sampai terlupa untuk menaggalaknnya. Sangat memalukan apabila ditegur sedemikiaan oleh pelakon popular –Rizki Ikbal
            “Rafi... cepatlah.. Bagi pen... Aku tak nak buat peminat aku ni menunggu lama..” Rizki Ikbal memandang wajah Ardela Sofea sekadar mengejek. Dia tahu gadis itu masih marah akibat dia tidak memohon maaf atas kemalangan ‘ngeri’ sebentar tadi. Egonnya terlalu tinggi untuk memohon maaf.
            Rafi yang terpaku di belakang Rizki Ikbal  menapak beberapa langkah ke hadapan untuk menghulurkan sebatang pen berjenama kepada Rizki Ikbal. Selepas menerima pen itu, Rizki Ikbal terus menurunkan autograph di atas salah satu helaian mukasurat buku yang ada ditangannya. Terbeliak mata Ardela Sofea apabila mendapati buku yang berada ditangan Rizki Ikbal itu adalah assignment yang perlu dihantar sebelum pukul 4 petang hari ini.
            Menyedari reaksi Ardela Sofea, Rizki Ikbal terus tersenyum sambil bertanya.
            “Nama you apa?” Rizki Ikbal mengangkat kedua-dua keningnya mengharapkan jawapan dari gadis yang sudah membisu itu.
            Ardela Sofea hanya membatukan diri dengan riak muka yang bengis. Dia masih menunggu permohonan maaf daripada lelaki tersebut namun, perkara lain pula yang terjadi membuatkan amarah Ardela Sofea bertambah.
            “Takpe.... I tulis Cik Singa jela... Sebab muka you ni garang macam singa... Cuba senyum sikit, baru manis...” Perli Rizki Ikbal sambil ketawa kecil.
             Dengan sengaja, Rizki Ikbal menulis perkataan ‘Cik Singa’ di bawah autografnya. Ardela Sofea cuba merampas buku itu daripada tangan Rizki Ikbal namun gagal apabila Rizki Ikbal sempat mengalihkan sehingga tidak sempat dicapai oleh Sofea Ardela. Rizki Ikbal seolah-olah mahu mempermainkan Ardela Sofea. Mereka bergelut seperti kanak-kanak berebutkan gula-gula. Sekian lama bergelut, akhirnya Ardela Sofea dapat mencapai buku assignmentnya tetapi Rizki Ikbal enggan melepaskan. Tanpa disengajakan buku-buku lain yang berada ditangan Ardela Sofea jatuh berselerak, manakala buku yang direbut dari tangan Rizki Ikbal terkoyak sebahagian muka suratnya. Fasha hanya menjadi pemerhati disitu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
            “Ops! Sorry dear... My bad...” Rizki Ikbal membuat muka tidak bersalah walaupun itu sebenarnya memang salah dia! Segera dia menghulurkan buku yang sudah tekoyak itu kepada gadis dihadapannya. Ardela Sofea merampas buku itu secara kasar. Langsung tidak mahu bertolak ansur dengan lelaki itu!
            Tidak lama selepas itu, Rizki Ikbal diserbu peminatnya yang bagaikan ‘gila’. Berteriak menjerit-jerit namanya. Rizki Ikbal. Rizki berjalan meninggalakan Ardela Sofea tanpa menoleh seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Rafi pula hanya memerhatikan Adela Sofea. Rafi melarikan pandangan matanya tatkala Ardela Sofea merenungnya dengan riak wajah yang menakutkan. Ardela Sofea memungut semua buku-buku yang terlepas dari tangannya diatas lantai. Mukanya jelas menunjukkan dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Lelaki itu sudah melampaui batas! Sudahlah tidak mahu meminta maaf, malah sempat lagi membulinya.
            Fasha yang sedar bahawa taufan kemarahan Ardela Sofea akan melanda tidak lama lagi pantas mendapatkan gadis itu untuk menenangkannya namun semuanya kelihatan sudah terlambat. Api kemarahan Ardela Sofea sudah tidak mampu dipadamkan lagi. Usai memungut semua buku yang jatuh itu, dia menyerahkan buku-buku tersebut kepada Fasha secara kasar sekali membuatkan Fasha berganjak sedikit kebelakang.
            “Fea... jangan... ni tempat awam....” Larang Fasha.
            “Ah... Aku tak peduli.. Jantan tu mesti diajar.. Mentang-mentang artis. Nak belagak pulak dengan aku! Dasar lelaki  pervert!” Kemarahan Ardela Sofea sudah sampai kepuncak. Perang bakal tercetus!
            Ardela Sofea meluru pantas ke arah Rizki Ikbal yang kelihatan galak melayan peminat ‘gila’nya. Dengan kasar dia menarik lengan Rizki Ikbal. Seolah-olah baru mendapat satu suntikan kekuatan luar biasa menyebabkan Rizki Ikbal jatuh tersungkur. Gelagat mereka disaksikan oleh orang yang lalu lalang disitu. Ada diantara mereka yang tertawa, ada pula yang menggelengkan kepala. Rafi tergelak kecil. Apabila gelaknya disedari Rizki Ikbal, senyuman dibibirnya kembali mengendur.
            “Rizki! Awak tak apa-apa ke? Hey perempuan gila.. Kenapa dengan kau ni hah!!” salah seorang peminat ‘gila’ Rizki Ikbal menengking Ardela Sofea.
            “Kau diam!! Hal ni tak ada kena mengena dengan kau. Sebelum aku sepak muka kau. Baik kau duduk situ diam-diam..” Balas Ardela Sofea.
            Peminat Rizki Ikbal itu terus diam membisu akibat ketakutan. Dia menyangka Ardela Sofea benar-benar gila. Kekecohan itu menarik ramai mata-mata yang memandang dan memerhati. Bingkas Rizki Ikbal bangun semula. Malu dia! Dia boleh tumbang hanya dengan kudrat tarikan seorang gadis yang bertubuh kecil molek. Dia cuba menagawal ‘macho’nya.
            “Kenapa  dengan you ni? Kan I dah bagi autograph tadi. Nak apa lagi ni? Nak bergambar pulak ke?..” Rizki Ikbal berseloroh menyebabkan ada yang tergelak.
             “Jantan tak guna! Kenapa kau conteng assignment aku?  Kau tarik sampai koyak! Lepas tu boleh pulak buat muka tak bersalah. Petang ni aku kena hantar la! Kau ingat autograph kau lawa sangat ke? Bodoh!...” Marah Ardela Sofea.
            “Habislah.....” Fasha yang memerhati dari jauh berbisik kepada dirinya sendiri.
            “Err.... itu bukan salah I... You yang tarik sendiri..Okay! kalau pasal autograph tu, memang I yang buat. Tapi you tak halang I pun.. So, I ingat you tak kisah....” Rizki Ikbal mempertahankan diri dengan hujahnya. Tidak mahu dimalukan dikhalayak ramai.
            “Oh... pandai kau nak mengelak ye... Tadi kau langgar aku... lepas tu kau pegang aku punya..... kau nak buat tak tahu jelah. Banyak cantik muka kau. Kau ingat aku macam peminat-peminat kau yang bodoh tu ke? Sanggup bagi apa saja... Pergi mati la...!!” Ardela Sofea kelihatan begitu marah sekali.
            “Okay... I tak sengaja la.. yang you nak marah-marah ni kenapa?”..  Rizki Ikbal sudah kehilangan hujah. Dia kelihatan gugup sekali apabila mendengar Ardela Sofea membangkitkan hal itu dihadapan khalayak ramai.
            “Kalau tak sengaja mintak maaf la bodoh! Tu pun nak kena ajar ke. Kata artis popular.. Kalau adab pun tak tahu, baik kau pergi tadika balik...!” Bahasa yang digunakan Ardela Sofea agak kasar namun itulah ungkapan yang sejujurnya diluahkan untuk lelaki seperti Rizki Ikbal! Melampau!
            “Err.... emmm....” Rizki Ikbal kematian hujah. Kini dia terperangkap dalam kesilapannya sendiri. Mukanya merah padam apabila orang ramai yang berada disitu sedang memerhatikannya dengan pandangan yang negatif. Dia mulai berasa resah gelisah. Dia tahu orang sekeliling pasti melebelkan dirinya sebagai artis yang bermasalah.
            Fasha dengan pantasnya meluru ke arah Ardela Sofea. Dia menarik Ardela Sofea untuk mengeluarkan gadis itu dari situasi tegang. Dia tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.
            “Fea... Marilah kita balik.. sudah-sudah la tu ya...” Fasha cuba memujuk.
            Ardela Sofea merengus kasar. Akhirnya Ardela Sofea akur. Dia meninggalkan perkarangan lokasi dengan muka yang bengis. Tiada siapa yang berani menghampirinya kecuali Fasha. Pantas mereka berjalan untuk mengelak muka mereka dicam oleh orang yang berada disitu. Dalam perjalanan, Ardela Sofea sempat berpaling semula kearah Rizki Ikbal. Ternyata lelaki itu terpaku disitu sambil diperhatikan oleh orang ramai yang mulai bersurai. Ardela Sofea tersenyum puas!.

Read more...