Thursday, 15 September 2011

Tinta Anak Watan

     Lama sudah merdeka mendewasakan kita
Lama sudah darah pejuang tidak menitis duka
Namun anak muda mulai alpha
Yang dewasa pula hanya membutakan mata

Wajah bonda mula berkerut seribu
Wajah ayahnda semakin layu
Mana anaknya yang dahulunya menyusu
Rupanya terkurung di penjara batu

Semangat kian mereput
Semangat itu mula diragut
kenapa kita tidak lagi mahu menuntut
Rupanya kita sedang tunduk melutut.

Apa yang kita takut pada nama-nama itu
Apa yang menutup mulut kita menyelar nama-nama itu
Persoalanya siapa nama-nama itu?
Nama-nama itu rupaya bangsa yang berhati batu.

Merampas tanah kita
Mencabul maruah kita menindas kita
Akhirnya kita jua melutut merayu untuk merdeka
Lupakah kita? ingatlah semula.


Bangkitlah anak muda yang berpelajaran
Bangkitlah juga dewasa yang mengejar duitan
Jangan biarkan bangsa kita ketinggalan
Kerana kita digelar anak watan.

oww yeahhhhh!


Read more...